Selasa, 5 Oktober 2010

Bucida Molineti

Kita seharusnya bersyukur kepada Tuhan yang menjadi pencipta seluruh alam. Pelbagai alam semula jadi yang sangat menarik seperti pokok, air terjun, permandangan, pantai, dasar laut, dan sebagainya. Sebagai menunjukkan rasa bersyukur terhadap ciptaanNYA ini, kita haruslah menjaga dan memelihara segala keindahan alam semuala jadi yang sangat berharga ini. Salah satu alam semula jadi yang harus kita pelihara adalah pokok. Walaupun pokok adalah sejenis tumbuhan yang boleh tumbuh secara semulajadi dan tidak perlu disiram, namun pokok telah banyak memberikan peranan yang sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Pokok berperanan mengekalkan suhu persekitaran, mengurangkan pencemaran habuk dan debu, mengurangkan pencemaran gas beracun, dan sebagainya.

Namun begitu, bukan isu kepentingan pokok yang akan dibicara di ruangan ini. Tetapi kepentingan pokok sebagai hiasan dan lanskap. Sepertimana yang kita tahu bahawa lanskap merupakan salah satu hiasan yang wujud secara semulajadi pada asal. Dengan kegiatan R&D yang semakin berkembang pesat, lanskap telah menjadi lebih menarik menarik. Salah satu pokok yang digunakan dalam lanskap adalah pokok Bucida Molineti. kalau kita lihat pokok bucida molineti ini, ia seakan akan seperti pokok yang begitu banyak terdapat di dalam mana-mana hutan seluruh dunia. Marilah kita sama-sama mengkaji apakah sebenarnya yang dinamakan pokok Bucida Molineti.

Bucida Molineti adalah nama saintifik bagi pokok yang terdapat di dalam gambar-gambar yang tertera. Bagi nama tempatan pula, pokok ini mempunyai pelbagai nama. Dalam bahasa inggeris, pokok ini dikenali sebagai black olive tree. Masyarakat Malaysia pula memberi nama pokok ini sebagai pokok doa. Pokok Bucida Molineti terdapat pelbagai jenis pokok bucida seperti Bucida Angustifolia, Bucida Buceras, Bucida Comintana, Bucida corelliana, Bucida Niitida dan banyak lagi. Namun di sini kita hanya mengkaji tentang pokok bucida molineti sahaja. Pokok ysng berasal daripda pokok badam india ini selalunya digunakan sebagai bahan lanskap, perhiasan dalam rumah, dan sebagainya.

Hanya beberapa negara sahaja yang memiliki pokok Bucida molineti ini seperti amerika syarikat, Bahamas, Cuba, Selatan Florida dan Hispaniola. Negara kita Malaysia menanam pokok Bucida Molineti tetapi tidak mempunyai pokok ini. Hanya negara-negara yang tersenarai di atas sahaja mempunyai baka pokok Bucida Molineti. Namun asal pokok ini adalah dari negara Bahamas. Hal ini berkemungkinan kerana faktor iklim negara yang berbeza menyebabkan kesulitan untuk mengeluarkan baka pokok Bucida Molineti. Ada juga sumber yang mengatakan bahawa pokok Bucida ini ditanam secara meluas di Selatan Florida. Ada juga sumber yang mengatakan pokok Bucida ini berasal dari Florida namun telah dipertikaikan.

Pokok Bucida Molineti sangat rimbun walaupun mempunyai daun yang kecil. Pokok ini dikategorikan di dalam jenis pokok lanskap bersaiz besar. Pelbagai jenis lanskap namun pokok ini juga amatlah sesuai ditanam pada landskap di jalan protokol. Contohnya di jalan-jalan utama menuju ke bangunan-bangunan kerajaan, di dalam kampus universiti.

Pokok Bucida molineti ini dapat memberikan imej yang cantik dan teratur menyebabkan pokok Bucida Molineti ini sangat sesuai ditanam di jalan-jalan utama. Memiliki saiz yang sederhana besar, silara tegak dan batang lurus juga merupakan faktor utama mengapa pokok Bucida ini sangat sesuai ditanam untuk lanskap protokol selain dapat mewujudkan imej formal jalan protokol.

Pokok Bucida Molineti pula terbahagi kepada dua jenis saiz. Ada pokok Bucida Molineti yang boleh hidup membesar dan ada yang hanya hidup dalam saiz yang kecil. Bagi pokok Bucida Molineti yang boleh hidup membesar biasanya ditanam di tepi manakala yang hidup bersaiz kecil biasanya ditanam di dalam rumah sebagai perhiasan. Pokok bucida yang besar mempunyai batang yang keras. Manakala pokok bucida yang bersaiz kecil mempunyai batang yang lembut.

Pokok ini membiak melalui anak benih namun disemai di tempat lain dahulu seperti di dalam polibeg sebelum ditanam ditempat yang terpilih. Pokok ini mengeluarkan bunga namun yang akan menjadi buah adalah dalam bilangan yang sangat sedikit. Jadi, proses pembiakannya amatlah memerlukan penjagaan yang rapi. Seteleha berumur 4 – 5 minggu, barulah anak pokok bucida boleh ditanam mengikut tempat yang telah dipilih. Dalam beberapa bulan atau satu tahun kemudian, pokok ini sudah membesar dan menghiasi kawasan rekreasi.

*GAMBAR BOLEH DIDAPATKAN DI INTERNET

Jumaat, 23 April 2010

KOBM's Member 2008

Video ini saya cipta untuk mengimbau kembali kenangan-kenangan bersama KOBM's Member 2008. KOBM ini bermaksud Kaban Orang Biak Menthodist atau dalam bahasa melayu nya Muda Mudi Gereja Menthodist. Pengalaman yang dilalui bersama KOBM's Member adalah satu pengalaman yang tidak dapat saya lupakan. saya amat merindui mereka.. Dan saya sentiasa berdoa agar mereka teguh di dalam kepercayaan mereka, sentiasa berjaya dalam perjalanan hidup mereka dan sentiasa tabah menghadapi rintangan dan dugaan yang di hadapi. kawan-kawan,, saya merindui kalian semua.. God Bless U All..

Cabaran Sebagai Seorang Guru Bitara

Ini ialah kisah seorang guru perempuan (nama dirahsiakan)UPSI semasa menjalani Latihan Mengajar di sebuah sekolah rendah (nama sekolah dirahsiakan). Seperti biasa, setiap hari guru tersebut masuk kelas untuk menjalankan proses P&P. Pada suatu hari, guru tersebut berasa bosan dan takda mood untuk mengajar(datang bulan kot). Guru tersebut telah mengambil keputusan untuk tidak mengajar pada hari tersebut. Guru perempuan itu pun menyuruh semua pelajar (pelajar tahun 3) membuat kerja masing-masing. Apa lagi, budak-budak pun bersembang la dengan kawan-kawan mereka la. Lama kelamaan keadaan kelas menjadi bising. Guru tersebut pun mula berfikir bagaimana nak mengawal keadaan kelas yang bising itu. Jam menunjukkan pukul 9.50 pagi, 10 minit lagi loceng berbunyi menandakan waktu rehat akan bermula. Tiba-tiba, guru tersebut pun bersuara.

Guru : Baiklah. Sebelum Cikgu meninggalkan kelas, cikgu ada satu teka teki untuk kamu semua. Siapa yang dapat jawab teka teki ni, cikgu akan belanja budak tu makan ais krim waktu rehat nanti. Soalan ni senang saja, cuma cikgu nak tengok siapa yang paling cepat menjawabnya. soalannya berbunyi begini. Di atas sebuah pokok kelapa, ada 5 ekor burung gagak. Seorang pemburu telah menenmbak 2 ekor daripada 5 ekor burung gagak tersebut. Jadi sekarang ni, berapa ekor burung gagak yang masih tinggal di atas pokok kelapa tersebut?

(kelas menjadi senyap seketika. semua pelajar masing-masing sedang menghitung dengan menggunakan tunjuk jari. Tiba-tiba, seorang pelajar yang pintar & comel bernama Casey mengangkat tangannya.)

Casey : Cikgu!!!!! Saya boleh menjawabnya.

(Dengan semangatnya, Casey terus berdiri dan Cikgu tersebut hanya tersenyum riang melihat telatah Casey)

Guru : Baiklah Casey, apa jawapannya?

Casey : Kosong Cikgu.

Guru : Aik???? Kenapa boleh kosong Casey?? Pemburu tu hanya menembak 2 ekor saja.

Casey : Sebab, burung-burung lain telah terbang mendengar bunyi tembakan cikgu. tak kan la burung-burung tu tak lari cikgu. Tu la sebab mengapa jawapannya menjadi kosong cikgu.

Guru : Haha (cikgu tersebut gelak). Salah jawapan kamu tu Casey. Jawapannya ialah 3 ekor Casey. 5 ekor tolak 2 ekor jawapan nya ialah 3 ekor Casey. Tapi cikgu suka la cara Casey berfikir. Baiklah kelas, walaupun jawapan Casey salah, tetapi cikgu akan tetap belanja Casey makan ais krim waktu rehat nanti sebab cikgu suka cara Casey berfikir.

Casey
: Cikgu, saya tak boleh makan ais krim. Nanti saya sakit gigi. Boleh kah cikgu belanja saya makanan lain?? nasi goreng ker, roti canai ker, apa-apa lah cikgu asalkan bukan ais krim.

Guru : hehe, kamu ni memang cerdik la Casey. boleh jer, Casey makan la apa yang Casey nak makan nanti. Baiklah kelas, kelas kita tamat setakat ni. semua pelajar boleh lah pergi ke kantin untuk membeli makanan. Casey, mari ikut cikgu.

Semua Pelajar : Terima Kasih Cikgu!!!

(Casey dengan girangnya pun mengekori cikgu tersebut walaupun dicemburui oleh rakan-rakan sekelasnya)

Semasa di kantin, Casey telah memesan makanan kegemarannya iaitu Chicken Cop (hebat kantin sekolah tu sampai kantin sekolahnya pun ada menjual western food) dan makan bersama sama guru tersebut. Selepas habis makan, Casey terpandang 3 orang Staf perempuan sedang berjalan menuju ke Kantin tersebut sambil memakan ais krim. Tiba-tiba.....

Casey : Cikgu! cikgu! cuba cikgu tengok 3 orang perempuan yang sedang makan ais krim tu. Cuba cikgu perhatikan bagaiman cara-cara mereka makan ais krim tu.

Cikgu itu pun memerhatikan 3 orang perempuan itu. Mereka makan ais krim itu dengan cara yang berbeza. Perempuan A makan ais krim dengan menggigit ais krim tersebut dan terus menelannya. Perempuan B, makan ais krim dengan terus mengunyah tetapi tidak terus menelannya ais krim tersebut. Perempuan C, makan ais krim tersebut dengan hanya menjilat sahaja ais krim tersebut dengan penuh nikmatnya.

Guru : Kenapa ni Casey?? Apa yang peliknya?

Casey : Cuba Cikgu teka mana satu di antara mereka bertiga yang sudah berkahwin??

Guru itu pun tersipu sipu malu. tetapi, untuk melayan karenah pelajarnya itu, guru tersebut pun memberanikan diri untuk menjawab soalan pelajarnya itu.

Guru : Haha Casey. kamu ni memang nakaL, kecik-kecik pon sudah menggatal. baiklah, cikgu akan jawab. Sudah pasti la perempuan C tu Casey.

Casey : Hikhikhikhikhik.. jawapan cikgu salah la. perempuan yang memakai cincin tu la yang dah berkahwin cikgu. tapi tak apa lah cikgu, walaupun jawapan Cikgu tu salah, tapi saya suka cara cikgu berfikir.

Guru tersebut tidak mampu berkata kata lagi. Mukanya yang kemerahan malu sambil berkata kata di dalam hati nya. Kurang asam betul budak ni!!!

Sabtu, 17 April 2010

SEMESTER 3 DI UPSI..

salam 1 Malaysia semua.....

tak tau la kenapa hari ni, tergerak pula hati nak mencoret sesuatu kat blog yang usang nie.. Ni coretan terakhir kot untuk sem ni.. maklumlah,, asyik mencoret kat FB jer selama ni... kenapa ek?? xtau la kenapa.. azam baru kot?? apa azam nyer??? nak break jap layan FB ker??? xkan kot.. hari-hari main FB, buka jer laptop mesti FB, mesti FB.. tp hari ni xda mood la nak main FB..adakah ini berpunca drpada kekalahan CHELSEA smlm?? tidak sama sekali... nak study hard ker?? apa cer ni bai??? aduh,, seumur hidup aku memang tak pernah study mati-matian.. main2 jer keje nyer. hahaha...
memang benar orang kata, masa berlalu seperti air sungai yang mengalir. Sekarang nie dah masuk study week... tp study mood nyer tak sampai-sampai lagi... kite tgglkan dulu bab bab study ni.. kite borak pasal pengalaman sem ni... SEM 3 aku di UPSI,, PERGHHH!!!
Bapak sibuk nyer... member2 aku,, minggu ke 12 ke 13 dah boleh rilex dah... aku.. minggu ke 14 masih sibuk lagi ngan asgnment la, ngan exam la,, ngan kelas la.. aku boleh menarik nafas lega pon hari sabtu minggu terakhir kuliah setelah minggu kuliah ku di akhiri dengan satu ujian praktikal Bulan Sabit Merah Malaysia... padahal member2 aku dh lama dah bergoyang kaki. just nak tggu final exam jer lagi..
skrg ni pon dah 2 hari dekat nak final exam.. aku study ap benda ner??? stdy kejap pastu tido,, study kejap pastu layan FB, stdy kejap pastu layan BOLA.. sebut pasal bola, hhuurrmm........ bile kalah, rasa nak nangis la, xda mood la,, menyepi jer keje.. kawan2 pon bertubi tubi post comment kat FB.. biarlah.. nak kata ap?? kalo aku menang pon bkn main lagi aku sakitkan hati mereka.. haha,,, kadang2 seronok, kadang2 marah benci dendam. k,, kite tutup bab bola ni...
sem depan.......
aku dapat rasa yang aku makin sibuk sem depan,, dah la kena ambik minor.. habisla aku.. tp nasib baik la dapat duk kolej g.. ish,, malas la nak mencoret ap2 lg.. blogger mood dh hilang tiba2,, bye..

Jumaat, 19 Mac 2010

pEjAm CeLiK......

Pejam celik pejam celik...... Tak terasa plak skrg dh sampai minggu yang ke 11 untuk sem 3 nie.. kuliah ada 3 minggu lagi...pastu final exam plak... pastu balik sarawak.. x sabar nyer... x sabar nak jumpa kwn2, nak g memburu, nak g mandi sungai, nak g memancing, yang penting skali.... X SABAR NAK SAMBUT GAWAIIIIIII.... harap2 kali ni member2 kat kampung tu ramai la yg balik... bru meriah....
sem nie..... kesimpulannya mmg bosan giler la... member2 dh kuar kolej dh... teringat plak sem lepas... bru enjoy... g merata rata tempat la... men game sampai larut mlm..
sem nie... aduh,,,, bila bosan melanda jiwa ni,, menjadi la nafsu tido aku. tido jer keja aku... sampaikan asgmnt ad yg lupa nak wat... huh!!! sebut pasal asgmnt.. aduh....
semua nya buat last minit.. esok nak hantar mlm ni bru buat.... skrg pon dah nak masuk minggu ke 12 masih byk lagi asgment.... asyik2 asgment... mana x boring...
tension btul la...
pergi kelas pon x pernah awal... sampaikan ad satu kali tu lec kunci pintu... adoyai.... semua kelas x pnh dtg awal... asyik lec yg tunggu kite org... sem depan aku duduk mana ek??? kolej masih terima aku ker... kalo kena duk luar,, aku nak duk ngan sapa??????? aduh... tgk la nant mcmna..
stkt ni jer la utk mlm ni... asgmnt masih banyak menunggu tu...

Khamis, 18 Mac 2010

Pendekatan membangunkan Modal Insan

Pembangunan modal insan yang berkualiti akan dilakukan secara lebih pesat. Pendekatan perlulah bercorak holistik dan memberi penekanan kepada pembangunan pengetahuan, kemahiran, modal intelektual di dalam bidang seperti sains, teknologi dan keusahawanan. Pada masa yang sama satu budaya yang progresif mestilah dibangunkan, diiringi nilai-nilai etika dan moral yang tinggi. Inilah yang dimaksudkan modal insan mentaliti kelas pertama. Untuk memenuhi tuntutan kriteria tersebut, kerajaan telah membangunkan pelbagai program dalam semua aspek. Berikut merupakan ciri-ciri modal insan yang telah diklasifikasikan mengikut ciri utama yang meliputi pengetahuan, keperibadian dan kemahiran.

Pendekatan Dalam Aspek Pendidikan


Sepanjang 52 tahun negara merdeka, pembangunan modal insan tertumpu kepada penyediaan saluran pendidikan. Pendidikan terus menerima peruntukan bajet tertinggi, kira-kira 20 hingga 25 peratus perbelanjaan kerajaan dan 10 000 kelas dibina dalam setiap rancangan Malaysia. Ini menyumbang kepada kadar pendaftaran yang agak tinggi, iaitu hampir 100 peratus pendaftaran bagi sekolah rendah, lebih 80 peratus pendaftaran bagi sekolah menengah dan kira-kira 24 peratus pendaftaran peringkat tinggi.

Membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia merupakan agenda utama kerajaan. Salah satu kelemahan kita adalah jumlah siswazah menganggur yang terlalu tinggi. Setiap hari kita melihat rencana dalam akhbar yang menjelaskan kepada kita mengapa pasaran pekerjaan tidak mahu mengambil mereka. Hal ini kerana kurang kemahiran berkomunikasi, kurang kemampuan berfikir, kurang bertenaga dan inisiatif. Dalam hal ini, mandat untuk meningkatkan sistem pendidikan sekarang adalah jelas.

Kerajaan sekarang telah berusaha untuk memperkasakan institut pengajian tinggi di seluruh negara. Dan ini akan dilaksanakan antara lain melalui pemberian autonomi. Secara prinsipnya kita menyedari bahawa autonomi amat penting kerana ia mampu menjadikan IPT lebih berdaya saing dan meningkatkan kreativiti serta kebertanggungjawapan dalam pengurusan.

Kementerian akan juga membangunkan satu kerangka pelaksanaan autonomi di mana prasyarat penting yang perlu wujud sebelum autonomi diberikan ialah setiap IPT perlu menyediakan mekanisme kawalan di peringkat dalaman kerana pemberian autonomi secara prinsipnya adalah penurunan kuasa dan tanggungjawab ke peringkat yang lebih rendah. Secara teknikalnya pihak kementerian masih akan bertanggungjawab atas keseluruhan perjalanan IPT di sebalik pemberian kuasa autonomi itu kelak.

Usaha memperkasakan IPT akan juga dilakukan melalui peningkatan jumlah tenaga pengajar yang berkualiti. Kita mensasarkan supaya universiti penyelidikan mempunyai sekurang-kurangnya 75% tenaga pengajar berkelayakan PhD manakala universiti-universiti lain mencapai tahap 40%. Pihak kementerian akan terus membantu IPT untuk menyediakan ahli akademiknya untuk meningkatkan kelayakan ke tahap Ph.D dan kita juga maklum bahawa kebanyakan IPT telah menggunakan Ph.D sebagai kelayakan asas untuk memasuki perkhidmatan sebagai pensyarah.

Selain itu IPT perlu mencari jalan untuk menarik tenaga pengajar yang berkelayakan sama ada dari dalam atau luar negara. Potensi yang besar juga terdapat sekiranya IPT boleh menarik bakat-bakat dari industri untuk menyumbang sama ada secara sepenuh atau separuh masa dalam aktiviti pengajaran dan penyelidikan masing-masing. Selain daripada memenuhi keperluan gunatenaga akademik, pengalaman industri yang dibawa ke universiti akan menambah nilai kepada program akademik yang ditawarkan.



Pendekatan Dalam Aspek Penyelidikan dan Pembangunan


Tumpuan kedua kementerian ialah dalam soal kegiatan penyelidikan dan pembangunan. Kegiatan penyelidikan dan pembangunan mempunyai tempat dan peranan yang amat penting dalam sektor pengajian tinggi. Matlamat utama kita adalah untuk membangun dan memantapkan keupayaan penyelidikan dan inovasi di IPT supaya dapat menyumbang melonjakkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara. Bagi meningkatkan keupayaan dalam aktiviti penyelidikan kita perlu mempunyai ‘critical mass’ yang boleh menjadi enjin untuk melaksanakannya.

Berdasarkan laporan kaji selidik yang dilakukan oleh beberapa agensi, bilangan penyelidik, saintis dan jurutera kita (termasuk dari kalangan industri) adalah sekitar 30 orang bagi setiap 10,000 tenaga kerja. Bilangan ini amat jauh berbanding negara lain seperti Jepun (131.5 orang), Kesatuan Eropah (99.6 orang), Korea Selatan (89.5 orang) dan Singapura yang turut mencatatkan bilangan yang lebih tinggi iaitu 111.3 orang. Kita mensasarkan bahawa menjelang akhir tahun 2010 kita boleh mencapai kadar 35 RSE bagi mempergiat aktiviti penyelidikan dan inovasi negara.

Justeru, usaha-usaha secara berterusan perlu diambil oleh semua pihak samada di peringkat KPT atau juga IPT bagi meningkatkan pencapaian dalam bidang R&D ini. Diperingkat Kementerian, kita telah mebangunkan Malaysian Research Assessment Instrument (MyRA) bagi IPTA dan IPTS membuat penilaian kendiri atas pencapaian penyelidikan institusi masing-masing.


Pendekatan Dalam Aspek Pengantarabangsaan

Tumpuan ketiga kementerian ialah agenda pengantarabangsaan pengajian tinggi. Selaras dengan usaha menjadikan negara sebagai hub kecemerlangan pengajian tinggi di rantau ini serta bagi memenuhi sasaran jumlah enrolmen 75,000 pada tahun ini, pelbagai usaha pemasaran akan diaturkan dengan lebih strategik dan berkesan oleh Bahagian Pemasaran, JPT. Selain itu kita juga sedar bahawa usaha untuk menarik pelajar antarabangsa dating belajar ke negara ini turut diterajui oleh pihak IPT masing-masing dengan pelbagai pendekatan.

Selama ini aspek pengantarabangsaan hanya ditekankan kepada proses membawa masuk pelajar-pelajar antarabangsa. Bagi tahun 2010 ini kerajaan mengesyorkan agar skop dan aktiviti program pengantarabangsaan ini diperluaskan lagi kepada perkara-perkara lain yang turut menyumbang kepada kecemerlangan akademik secara menyeluruh. Kementerian juga akan mengenalpasti bidang-bidang tujahan yang dijadikan niche area dalam pengajian di peringkat pasca siswazah. Adalah diharapkan agar universiti dapat mengelakkan duplikasi terhadap penawaran program di peringkat pasca siswazah dan melalui pendekatan ini, ia akan menjadikan pengajian pasca siswazah akan menjadi lebih dinamik dan relevan dengan kehendak semasa.

Pada masa yang sama, kerajaan membenarkan IPTA untuk mengambil tenaga pengajar dari luar negara untuk meningkatkan suasana akademik yang cemerlang. Namun demikian, jumlah pengambilan tenaga pengajar luar masih lagi kecil. Kerajaan telah mula membenarkan IPTA mengambil tenaga pengajar luar negara berdasarkan contract for service yang membolehkan mereka dipertimbangkan bayaran tanpa mengaitkannya dengan skim gaji sektor awam. Dengan ini bermakna, IPTA dibenarkan membayar jumlah gaji yang dipersetujui bersama oleh kedua-dua pihak. IPTA perlu menggiatkan usaha untuk mendapat tenaga pengajar antarabangsa yang ternama selaras dengan matlamat 15 peratus tenaga pengajar dari luar negara di universiti penyelidikan menjelang tahun 2020.

Banyak lagi pendekatan-pendekatan yang telah diambil berat oleh kerajaan Malaysia bagi memastikan negara kita mampu memberi saingan sengit kepada negara lain di peringkat globalisasi supaya negara kita mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara lain. Antaranya ialah penerapan nilai integriti dalam kalangan tenaga pengajar dan pelajar, tranformasi IPT, Pelan Transformasi Kolej-Kolej Komuniti, memartabatkan Akademik dan Majlis Professor Negara, pembangunan dan kualiti pelajar, latihan internship dan keusahawanan untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan, Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), Pelan Transformasi Politeknik dan Pembelajaran Sepanjang Hayat serta melaksanakan Pelan Induk Pembangunan Pembelajaran 2006-2010.


Pendekatan dalam Aspek Perkhidmatan

Dalam aspek perkhidmatan pula, kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk memastikan modal insan negara kita memiliki satu keperibadian yang utuh selari dengan perkembangan sains dan teknologi yang kian pesat. Antaranya ialah menubuhkan Institut Integriti Malaysia (IIM) yang bertujuan membina upaya modal insan untuk membanteras rasuah. Rasuah merupakan salah satu pemangkin yang boleh mempercepatkan proses keruntuhan akhlak dan imej negara kita. Keprihatinan kerajaan terhadap masalah ini telah mencetuskan idea untuk menubuhkan institut tersebut.
Institut Integriti Malaysia (IIM) merupakan idea YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dan beliau mengisytiharkannya pada 5 November 2003. ia ditubuhkan sebagai sebuah badan autonomi yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat. IIM ditubuhkan bagi melengkapkan usaha-usaha pelaksanaan Pelan Integriti Nasional (PIN). Pendaftaran IIM telah pun diluluskan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebagai sebuah syarikat berhad menurut jaminan berkuatkuasa 4 Mac 2004.

Visi IIM ini ialah membentuk masyarakat Malaysia yang beretika dan berintegriti di mana warganya mempunyai nilai-nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh dan ditunjangi oleh budi pekerti yang murni. Misi penubuhan institut ini pula adalah untuk melaksanakan objektif, strategi dan program peningkatan integriti warga Malaysia dalam semua aspek kehidupan. Objektif penubuhannya adalah sebagai jentera pelaksana Pelan Integriti Nasional (PIN) ke arah membangunkan sebuah bangsa Malaysia yang berintegriti, berdaya tahan dan menghayati nilai-nilai murni sejagat.
Selain itu, kerajaan juga telah menubuhkan Pasukan Petugas Pemudah Cara Kerajaan (PEMUDAH) bagi meningkatkan kecekapan sistem penyampaian oleh jentera kerajaan. Pada mulanya, idea untuk membentuk satu pasukan petugas khas bagi mengatasi isu birokrasi yang wujud di dalam urusan di antara perniagaan dan Kerajaan telah diperkenalkan di dalam Ucapan Tahunan Perdana Menteri kepada kakitangan Kerajaan pada 11 Januari 2007. Inisiatif bersepadu antara Kementerian diperlukan oleh pihak Kerajaan untuk menetapkan peraturan dalam pembangunan perniagaan. Selain itu, penglibatan yang aktif daripada sektor swasta adalah diperlukan untuk mencapai objektif pasukan petugas khas yang dibentuk.

Pada 7 Februari 2007, Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan atau PEMUDAH telah ditubuhkan. Pasukan yang terdiri daripada 23 orang ahli dari kalangan individu yang berstatus tinggi daripada sektor swasta dan awam akan melaporkan terus kepada Perdana Menteri. PEMUDAH dipengerusikan bersama oleh Y. Bhg. Tan Sri Sidek Hassan, Ketua Setiausaha Negara dan Y. Bhg. Tan Sri Datuk Yong Poh Kon, Presiden Persatuan Pekilang-pekilang Malaysia (Federation of Malaysian Manufacturers , FMM). Terma-terma Rujukannya adalah seperti berikut :-

•Mengkaji semula status sistem penyampaian perkhidmatan awam dari segi proses, prosedur, undang-undang dan sumber manusia ke arah memperkenalkan penambahbaikan;

•Mempelajari amalan-amalan terbaik sektor swasta untuk digunapakai oleh sektor awam;

•Mengkordinasi dan menganjurkan program-program di antara agensi perkhidmatan awam ke arah memperkukuhkan daya saing Malaysia;

•Memantau pelaksanaan polisi, strategi dan prosedur ke arah meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian sektor awam; dan

•Mengambil tindakan sewajarnya terhadap isu-isu berkaitan sistem penyampaian sektor awam yang dibangkitkan dalam mesyuarat Kabinet.


Pendekatan dalam Aspek Kerohanian


Sejak negara mencapai Kemerdekaan, Islam telah mendapat tempat yang istimewa dalam Perlembagaan Persekutuan, iaitu sebagai agama rasmi negara. Kerajaan telah memainkan peranan yang besar untuk memartabatkan Islam sesuai dengan kedudukannya sebagai agama rasmi negara Malaysia.

Institut pendidikan Islam membangun dengan pesatnya, dengan terbinanya sekolah menengah kebangsaan agama, Kolej Islam, Kolej Universiti Islam dan seterusnya Universiti Islam Antarabangsa. Ini adalah bukti yang jelas bahawa pendekatan kerajaan adalah amat dinamik. Sesuai dengan tradisi Ibnu Sina dan al-Khawarizmi, sistem pendidikan tinggi islam, negara kita juga menawarkan kursus ijazah perubatan dan kejuruteraan yang berasaskan kepada teknologi untuk memberi gambaran, bahawa Islam bukan sahaja undang-undang atau ibadat khusus tetapi merupakan satu peradapan.

Kerajaan yang bertanggungjawab ialah kerajaan yang memberikan penekanan yang seimbang. Islam Hadhari adalah Islam yang berasaskan kepada pembangunan yang menjurus kepada pembinaan peradapan. Islam Hadhari juga mengamalkan Islam sebagai satu pegangan yang memberi fokus kepada mempertingkatkan mutu kehidupan, sama ada dari segi ilmu, pembangunan fizikal dan insan, kesihatan, sistem ekonomi serta kewangan.


Islam Hadhari Berdasarkan Ilmu


Islam Hadhari tidak terbina di atas satu vakum. Kita perlu menyediakan asas yang kukuh untuk memastikan, bahawa peradapan yang hendak kita bina ini terus kukuh. Asas yang penting di dalam pendekatan Islam Hadhari ialah ilmu. Sejarah islam telah memaparkan tokoh-tokoh Islam memberikan sumbangan kepada masyarakat kontemporari tetapi meninggalkan khazanah dan gedung ilmu yang masih digunakan sampai hari ini.

Oleh itu, sesuai dengan konsep Islam Hadhari yang dipelopori oleh kerajaan, yang bermatlamatkan agar generasi baru Islam berilmu dan beriman. Rakyat negara kita diseru agar memberi penekanan kepada penyelidikan dan pembangunan supaya menjadi lebih kreatif untuk mencipta dan merekabentuk peralatan dan instrument yang boleh membantu umat tanpa mengira agama dan bangsa.


Islam Hadhari Berdasarkan Kepada Pembangunan Holistik.

Kedua, Islam Hadhari memberi penekanan secara menyeluruh dan holistik. Pembangunan yang dimaksudkan dalam konteks Islam Hadhari ialah menyentuh persoalan pertanian, bioteknologi, ICT dan lain-lain yang menjadi kewajiban bersama. Di dalam Islam, ini di namakan fardu kifayah. Contohnya, jika seorang pakar penyelidikan dan perubatan Islam telah menemui antidote kepada wabak H1N1 yang memberi manfaat kepada seluruh masyarakat dunia, maka semua masyarakat Islam akan terlepas dari dosa.

Islam Hadhari bukanlah Islam yang terpisah atau Islam yang dijuzukkan kepada satu aspek dan diberikan gambaran itulah Islam yang sebenarnya. Kita tidak akan berlaku adil kepada Islam, jika kita memberikan tafsiran yang salah dan sempit terhadap Islam yang sebenarnya. Oleh itu, kerajaan amat berharap agar Seminar Percambahan Pemikiran Islam Hadhari ini dapat membuka minda supaya kita dapat berfikir dan memperkukuhkan lagi pegangan kita terhadap ajaran Islam yang suci.

Pengenalan Modal Insan

Malaysia mempunyai pendekatan tersendiri untuk memacu pembangunan ekonominya. Melalui rancangan pembangunan 5 tahun yang telah diperkenalkan sejak merdeka, Wawasan 2020 kini menjadi matlamat iaitu ke arah pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara maju. Bagaimanapun, proses pencapaian taraf negara maju memerlukan lebih daripada pembangunan infrastruktur dan pendapatan per kapita yang tinggi di kalangan penduduk. Aspek-aspek lain perlu diambil kira seperti tahap pendidikan, kesihatan dan kualiti sumber manusia atau modal insan. Oleh yang demikian, pembangunan sumber manusia yang dikenali juga modal insan (human capital) adalah agenda yang diberi penekanan oleh kerajaan dalam Rancangan Malaysia kesembilan (RMK-9) bagi meningkatkan kualiti taraf hidup di Malaysia.

Istilah modal insan pada mulanya dipercayai pertama kali dibincangkan oleh Arthur Cecil Pigou (1877-1959) dalam karyanya, A Study in Public Finance pada tahun 1928. Kemudiannya diikuti tokoh-tokoh seperti Jacob Mincer dalam artikelnya Investment in Human Capital and Personal Income Distribution pada tahun 1958 dan Gary Becker dalam Human Capital pada tahun 1964. Pada aspek yang tertentu, idea mereka menyamai idea Karl Marx (1818-1883) iaitu konsep labor power. Bagi definisi Barat, pembangunan modal insan didefinisikan sebagai suatu cara untuk mengenal dan mengkategori kemahiran dan kebolehan orang yang diguna dalam pengambilan pekerja dan dalam hal lain, mereka memberi sumbangan kepada pembangunan negara. Menurut perspektif mereka, mereka begitu memberi fokus kepada pembangunan sumber manusia dari sudut pengetahuan dan kemahiran tertentu yang dapat memberi pulangan kepada ekonomi sesebuah organisasi atau masyarakat. Sebaliknya, pada perspektif Islam, modal insan dilihat tidak sekadar mementingkan aspek pembangunan intelektual dan emosional bahkan melibatkan pembangunan spiritual. Islam melihat modal insan sebagai suatu konsep yang amat luas dan lebih terperinci tanpa terdapat lompang-lompang yang tidak dihuraikan. Definisi yang komprehensif ini dapat menjelaskan betapa pentingnya sumber ini kepada sesebuah negara khususnya umat Islam.

Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara. Modal insan ataupun sumber manusia (human resource) yang menjadi pemacu kepada kemajuan dan pembangunan sesebuah tamadun yang wujud di dunia perlu dititikberatkan dalam kaca mata pembudayaan ilmu. Perkara ini begitu penting terutamanya apabila disentuh siapakah pewaris khazanah dan amanah negara? Sudah pasti akan terbayang di mata bahawa pewaris terbaik yang paling hampir untuk menerajui negara ialah golongan mahasiswa di seluruh negara. Golongan ini perlu diasuh dan diberi latihan mencukupi bagi memantapkan elemen-elemen sumber manusia. Sekiranya pembentukan ini terbantut, sudah pasti harapan menggunung terhadap mereka akan turut hancur. Mereka perlu diberi kefahaman yang jelas berkaitan ilmu dan maklumat. Manusia yang berkualiti ialah mereka yang memiliki ilmu dan nilai ilmu yang berkualiti. Ilmu dapat memandu mereka berfikir dan bertindak. Tiada ilmu, maka tiadalah ketamadunan yang didambakan selama ini. Mereka sudah pasti tidak akan dapat mengubah kualiti hidup mereka kepada yang lebih baik

Sabtu, 13 Februari 2010

Kesan-kesan Modul Pengajaran PLKN Terhadap Remaja

Pembelajaran daripada modul-modul yang diajar semasa menjalani Program Latihan Khidmat Negara sebenarnya memberikan banyak kesan kepada remaja. Apa yang diharapkan adalah modul-modul tersebut dapat memberikan kesan yang positif kepada remaja dalam membentuk peribadi dan sahsiah yang unggul. Antara kesan-kesan Modul Pengajaran terhadap remaja adalah :

1. Modul Fizikal

Dewasa ini, pemodenan negara yang ada telah menjadikan masyarakat terutamanya remaja semakin tidak aktif. Mereka gemar menghabiskan masa yang lama dengan menonton tv, video dan bermain permainan komputer. Kehidupan yang tidak aktif boleh menyumbang kepada terjadinya risiko mudah mendapat penyakit, sikap malas, gaya hidup yang tidak baik dan pelbagai lagi. Kita perlu hidup cergas dan aktif untuk menjamin kesihatan yang baik. Badan yang cergas menjadi salah satu faktor kepada minda yang cerdas. Melalui pengertian yang lain, kesihatan mental dan kesejahteraan diri merupakan salah satu daripada konstruk psikologi yang mempunyai hubungan yang sangat mempengaruhi pembentukan personaliti seseorang individu.
Fizikal termasuk salah satu daripada rangkuman pengertian sahsiah. Ia terbahagi kepada 2 iaitu melalui suara dan bahasa badan. Sebagai contoh, subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) di sekolah telah banyak membentuk sahsiah pelajar. Colfer, Hamilton dan Magill (1986) berpendapat PJK merupakan proses pembelajaran yang berorientasikan tugasan dan dapat menghasilkan kejayaan kepada sesuatu kumpulan pelajar . Dengan memerhatikan aspek fizikal seseorang, secara tidak langsung kita boleh menilai sahsiah dirinya samada baik atau sebaliknya. Oleh itu, fizikal menjadi modul yang sangat penting dalam pembentukan peribadi, akhlak dan sahsiah diri. Sebagai golongan pelapis generasi akan datang, golongan remaja perlu hidup sihat dari segi fizikal dan mental agar mereka dapat memberikan sumbangan secara optima kepada kemajuan negara sejajar dengan konsep ‘Rakyat Sihat, Negara Maju’.

2. Modul Kenegaraan

Masyarakat merupakan aset terpenting sesebuah negara yang mentadbir dan menentukan samada ia berada dalam suasana aman damai atau pun sebaliknya. Teori hukum alam menurut Plato dan Aristoteles menyatakan bahawa kondisi alam membawa kepada perkembangan manusia yang akhirnya mempengaruhi pertumbuhan negara. Di masa kini, ramai remaja bermasalah disebabkan kurang rasa cintakan negara yang membawa faktor tiada masa depan. Dengan kewujudan semangat kenegaraan dan patriotik yang tinggi di dalam diri belia secara tidak langsung akan menjana azam dan cita-cita yang mulia atas dasar yang satu iaitu untuk membawa kemajuan, memberi sumbangan dan menyumbangkan pengertian yang besar kepada negara. Penerapan nilai kenegaraan ini juga akan memupuk semangat satu bangsa, tidak membezakan kulit, bangsa dan agama, serta menghasilkan belia berjiwa murni, cenderung kepada perpaduan, mempunyai rasa kepunyaan dan identiti. Seterusnya membentuk sahsiah yang terpuji.


3. Modul Pembinaan Karaktor

Modul pembinaan karaktor merupakan modul yang sangat penting kerana ia merangkumi kesemua modul yang lain. Karaktor merupakan asas diri setiap individu yang akan menentukan produk itu bermutu atau tidak. Ia merangkumi karaktor terhadap diri, keluarga, komuniti dan negara. Keempat-empat aspek ini sangat penting kerana ia membabitkan pembentukan sahsiah individu, perhubungan sesama individu yang lain dan aspek kepimpinan diri terhadap sesuatu organisasi. Di Malaysia, kajian mendapati faktor utama kerosakan akhlak belia adalah disebabkan pergaulan dengan kawan-kawan yang mana secara tidak sedar akan mempengaruhi diri setiap individu. Teori pengaruh sosial normatif menjelaskan bahawa remaja mempunyai perkumpulan mereka yang bertindak menurut konsensus yang ditetapkan oleh kumpulan. Misalnya, perkumpulan remaja Melayu mempunyai nilai, sikap, dan tindakan yang berbeza daripada perkumpulan remaja Cina, India, dan lain-lain keturunan. Sehubungan daripada itu, pembinaan karaktor perlu diambil berat dan diuruskan secara baik oleh remaja dengan cara mengenali diri sendiri dan orang lain. Kemahiran untuk memilih kawan perlu ada agar tidak mudah dipengaruhi oleh anasir-anasir luar yang akhirnya akan memudaratkan diri sendiri. Selain itu, karaktor yang agak penting untuk dibina dalam diri adalah kebijaksanaan dalam pertuturan dengan masyarakat luar. Ini sangat mempengaruhi keutuhan suatu persahabatan dan kelancaran dalam bekerjasama. Tidak lupa juga, ilmu kepimpinan haruslah dipelajari agar mudah diterima oleh pengaruh yang dipimpin.

4. Modul Khidmat Komuniti

Kehidupan di muka bumi tidak membawa makna sekiranya hanya berseorangan. Oleh itu, perhubungan sesama manusia sangat penting sebagai memenuhi konsep kehidupan bermasyarakat. Sikap tolong-menolong dan mengambil berat antara satu sama lain adalah contoh terbaik bagi mengekalkan dan memelihara perhubungan ini. Menurut agama Kristian, ajaran asasnya ialah mencintai Tuhan dengan sepenuh hati dan mencintai jiran seperti mencintai diri sendiri. Ini membawa maksud perhubungan sesama makhluk tidak boleh diputuskan kerana ia akan mengundang keburukan. Seperti sedia maklum, terlalu ramai pelajar yang tidak menghormati guru, orang tua, alam sekitar dan pelbagai lagi. Terlalu banyak kerosakan yang berlaku kerana kurangnya kesedaran diri antara satu sama lain. Dengan mengamalkan khidmat komuniti yang merangkumi kejiranan, khidmat sosial, alam sekitar dan kemudahan awam, sifat sayang sesama makhluk yang lain akan terbentuk. Secara tidak langsung, personaliti yang baik akan wujud dalam diri. Ini berkaitan dengan pembentukan sahsiah melalui didikan dari orang tua mengenai nilai hidup bermasyarakat.

Ciri-ciri Yang Terdapat Pada Modul PLKN

Kehebatan sesuatu bangsa tidak sahaja diukur dengan kemajuannya tetapi jugakeupayaannya dalam mengamalkan sahsiah yang terpuji seperti budi bahasa dan budi pekerti yang mulia. Sedari masyarakat sekarang terutamanya remaja yang mula alpa dengan kepentingan sahsiah diri kerajaan telah mencipta modul-modul pengajaran yang bersesuaian dalam melahirkan remaja yang bersahsiah semasa menjalani Latihan Khidmat Negara. Modul-modul ini dilengkapi dengan ciri-ciri yang bersesuaian mengikut kehendak kerajaan. Modul ini, mendidik remaja dari pelbagai aspek kehidupan seperti memberikan khidmat masyarakat kepada orang awam. Ini adalah salah satu perkara yang dapat membentuk sahsiah remaja. Antara ciri-ciri dan juga pengisian yang terdapat didalam modul Latihan Khidmat Masyarakat ini ialah.

1. Modul fizikal

Modul fizikal ini adalah sebuah modul yang dilaksanakan untuk membina kemahiran dan ketahanan mental, emosi, spiritual dan fizikal bagi menjadikan peserta Program Latihan Khidmat Negara sebagai warganegara yang berkesan. Secara khususnya, latihan-latihan yang dilalui dapat mengeratkan perpaduan di kalangan peserta, mempertingkatkan ketabahan mental bagi tujuan hidup (survival), daya kepimpinan, disiplin dalaman, keyakinan diri, kemahiran bekerja sebagai ahli satu pasukan, kemahiran menyelesai masalah, membuat keputusan secara individu dan dalam kumpulan. Di samping itu, peserta akan dilatih oleh para jurulatih untuk mempelajari melalui pengalaman dalam aktiviti-aktiviti seperti kawad, kraf hutan, pertolongan cemas, membaca peta, kompas, latihan pandu arah, menyeberangi sungai, merempuh halangan, aktiviti menggunakan tali (litar tali tinggi dan rendah), merentas desa, seni mempertahankan diri, aktiviti air, kembara hutan dan lain-lain. Modul ini dilaksanakan secara berterusan sehinggalah tamat PLKN di kem-kem Khidmat Negara.

2. Modul kenegaraan

Modul Kenegaraan adalah sebuah modul yang diaplikasikan untuk memperluaskan pengetahuan tentang kenegaraan (nation-building) dan meningkatkan perasaan cinta para peserta program kepada negara. Melalui latihan dalam kumpulan, jurulatih memimpinkumpulan untuk mempelajari tentang kenegaraan yang merangkumi tanah air, rakyat, kerajaan, kedaulatan dan cabaran-cabaran dalam dan luar negara. Melalui elemen Tanah Air, peserta akan dibantu membina serta memupuk rasa sayang kepada tanah air dan sanggup mempertahankannya. Peserta membincangkan tentang negara dari segi aspek geografi, keindahan bumi ini, hasilnya, sempadan dan lain-lain. Peserta dapat mengetahui asal-usul pelbagai ras, etnik, membina rasa sayang sesama etnik dan antara etnik, memahami kepentingan bersatu-padu melalui aktiviti seperti menganalisis fakta tentang etnik, mengharmonikan perbezaan, memahami persamaan dan sebagainya melalui elemen Rakyat. Elemen Kerajaan pula membantu peserta memahami bagaimana negara (tanah air, rakyat, kedaulatan) ini ditadbir dan diurus, melalui sistem pentadbiran, undang-undang, perlembagaan dan lain-lain. Modul ini dilaksanakan selama tiga minggu dan pelbagai kaedah digunakan seperti lawatan, simulasi, lakonan, dinamik kumpulan, menonton gambar, melukis, berdebat, mentafsir peristiwa dan lain-lain.



3. Modul Pembinaan Karaktor

Modul Pembinaan Karaktor adalah sebuah modul yang dilaksanakan untuk membina karaktor yang berkesan bagi para peserta yang merangkumi diri, keluarga, komuniti dan negara. Melalui aktiviti-aktiviti ceramah, permainan, latihan dan lain-lain, peserta belajar tentang kejujuran, membuat pilihan, bertanggungjawab, memimpin, menunaikan janji (komitmen) dan membina keyakinan diri. Modul ini bermatlamatkan untuk membina karaktor yang berkesan bagi para peserta yang merangkumi diri, keluarga, komuniti dan Negara seterusnya melahirkan remaja yang bersahsiah. Terdapat dua komponen yang akan dilalui peserta di mana yang pertama berfokus kepada pembinaan diri dan kedua adalah tentang diri dengan orang lain. Di dalam komponen pertama, peserta melalui proses penerokaan diri sendiri, menyedari dan mengenal pasti ciri-ciri diri (seperti aspek kepimpinan), memperkayakan kekuatan dan memulihkan kelemahan diri. Peserta menyedari tentang penglibatan orang lain dalam kehidupan mereka, mengetahui kemahiran untuk bekerja sebagai ahli satu pasukan, cara bertindak sebagai pemimpin dalam kumpulan, dan mengatasi masalah di dalam kumpulan semasa melalui komponen kedua modul ini. Melalui Kedua-dua komponen ini akan menjadikan pelajar menghayati tentang kejujuran, membuat pilihan, bertanggungjawab, memimpin, menunaikan janji (komitmen) dan membina keyakinan diri.

4. Modul Khidmat Komuniti

Modul Khidmat Komuniti adalah sebuah modul yang dilaksanakan untuk mempertingkatkan semangat kesukarelaan di kalangan peserta. Para peserta mempelajari melalui pengalaman di kawasan kejiranan, dalam kerja perkhidmatan sosial, alam sekitar dan kemudahan awam. Aktiviti sukarela yang dijalankan adalah seperti mengkaji keadaan di lokasi tema-tema tersebut, mengenalpasti masalah yang ada, memberi cadangan, membuat kerja pembaikan, pembersihan, penceriaan, pengindahan dan lain-lain. Bagi tema kejiranan, perkhidmatan sukarela dilaksanakan untuk keluarga atau penduduk di kawasan perumahan, kampung, kampung baru, ladang, rumah panjang, rumah pangsa, kampung orang asli, FELDA dan lain-lain. Sumbangan kerja sukarela dalam perkhidmatan sosial meliputi aspek kesihatan, pendidikan, kebajikan, perumahan dan sebagainya dalam organisasi, institusi, pertubuhan kerajaan ataupun badan bukan kerajaan. Bagi alam sekitar pula, peserta membantu memelihara alam sekitar termasuklah hutan, sungai, kawasan pertanian, penternakan, perindustrian, pantai dan sebagainya. Kerja sukarela juga dilakukan ke atas kemudahan awam yang disediakan seperti taman rekreasi, pasar, stesen bas, keretapi, perpustakaan, lif, taman permainan, tandas awam, pondok telefon, dewan orang ramai dan lain-lain.

Program Latihan Khidmat Negara

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) merupakan salah satu program yang dijalankan di Malaysia pada 16 Februari 2004. Kandungan program ini meliputi 30 peratus ala tentera dan 70 peratus kemasyarakatan. Program ini melibatkan golongan remaja yang berumur 18 tahun atau lepasan SPM yang dipilih secara rawak. PLKN telah membawa satu matlamat yang jelas iaitu melahirkan remaja yang kental sama ada dari segi rohani mahupun jasmani. Oleh itu, tidak dapat dinafikan lagi bahawa PLKN telah banyak memberi kesan positif kepada individu, masyarakat, agama dan negara. Remaja merupakan golongan yang begitu berharga sekali bukan kerana bilangan mereka yang ramai tetapi peranan mereka yang bakal menjadi pemimpin pada masa depan dan bakal menentukan hala tuju negara. Namun, hari ini golongan remaja telah terdedah dengan pelbagai masalah sosial seperti lumba haram, buli, seks bebas, gengsterisme, pengaruh barat dan sebagainya. Hal ini, telah menyebabkan semangat patriotisme dalam diri remaja semakin luntur dan sukar membentuk sahsiah yang baik.

Pelaksanaan PLKN telah banyak membantu dalam meningkatkan semangat patriotisme dalam diri remaja. Penerapan semangat patriotisme ini dapat dilihat dalam pelaksanaan modul kenegaraan iaitu salah satu daripada empat modul yang wajib dipelajari oleh peserta PLKN. Selain daripada melahirkan remaja yang berpatriotisme yang tinggi dalam diri mereka, PLKN juga begitu berkesan dalam mempertingkatkan perpaduan kaum serta integrasi nasional. Perpaduan begitu penting dalam membentuk sebuah negara yang aman. Menurut Pengerusi Majlis Khidmat Negara, Tan Sri Lee Lam Thye perpaduan yang lebih kukuh di kalangan rakyat berbilang bangsa, agama dan budaya di negara ini adalah kunci kepada kemajuan serta kesejahteraan negara pada masa depan. PLKN mempunyi visi dan misi yang jelas serta nyata untuk membentuk masyarakat yang mantap dari segi fizikal, mental dan keharmonian pada masa akan datang bagi menempuhi cabaran-cabaran dalam mencapai matlamat Wawasan 2020. Pelajar-pelajar lepasan SPM mempunyi banyak masa yang terluang. Oleh itu, mereka akan mudah terdedah dengan kegiatan-kegiatan yang tidak berfaedah seperti lepak, lumba haram, seks bebas, gangsterisme dan sebagainya.

Menurut statistik Laporan Disiplin 2001, Unit Hal Ehwal Pelajar, Kementerian Pelajaran Malaysia, pelajar banyak menghabiskan masa mereka dengan kegiatan tidak berfaedah seperti berjudi, mencuri,melawan guru, melawan pengawas, memeras ugut, membuli, kongsi gelap, penyalah gunaan dadah, membawa senjata berbahaya, mencabul kehormatan, mengancam, menceroboh, mengedar dadah, menunjuk perasaan dan bertaruh secara besar-besaran. Berdasarkan kepada statistik oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia pula pada tahun 2003, bilangan kes juvana yang dilaporkan adalah sebanyak 4998 kes. Manakala pada tahun 2004 pula bilangannya meningkat kepada 6056 kes. Peningkatan ini menggambarkan tentang fenomena tingkah laku di kalangan pelajar remaja semakin serius dan sudah tentunya ianya amat membimbangkan semua pihak jika tidak dibendung. Manakala, menurut statistik yang dikeluarkan oleh Bukit Aman jenayah yang mebabitkan pelajar meningkat 22.7 peratus pada tahun 2003 berbanding 99 kes sehari. Hal ini, menyebabkan pihak kerajaan dan NGO mengambil langkah sewajarnya dengan menubuhkan PLKN berhasrat agar dapat membantu pelajar lepasan SPM mengisi masa lapang dengan baik.

Program PLKN juga merupakan salah satu program yang dapat membentuk perwatakan positif melalui penerapan nilai-nilai murni. Penerapan ini dapat dilihat dalam modul pembinaan karaktor yang wajib diikuti oleh semua peserta PLKN. Tujuannya agar para peserta dapat mengetahui nilai-nilai dan ciri-ciri yang perlu ada dalam diri seseorang pemimpin. Melalui modul ini juga para peserta dapat berfikir secara positif dan bijak dalam membuat keputusan serta menjadi individu yang cekap. Ia juga berkesan bagi memastikan peserta PLKN menilai kemampuan diri sendiri dan orang lain. Selain itu, modul ini dapat melahirkan individu yang dapat menjadi ‘role model’ kepada agama, masyarakat dan negara. Hal yang demikian, dapat dilihat bahawa modul pembinaan karaktor perlu dilaksanakan bagi memastikan individu mahupun peserta menjadi masyarakat yang berkeyakinan dan mempunyai nilai-nilai murni. Manakala misi pula adalah menjadi organisasi utama yang membentuk generasi berdisiplin, setia kepada negara, bersemangat waja, berperwatakan positif dan cintakan perpaduan. Membuat kajian keberkesanan mengenai Program Latihan Khidmat Negara sejajar dengan objektif dan matlamat Negara.

Khamis, 11 Februari 2010

Isu-Isu Dalam Pembangunan Modal Insan

Setiap usaha yang dijalankan kerajaan pasti akan menjadi perbualan masyarakat umum. Ianya akan menjadi satu isu untuk satu tempoh masa yang panjang sehinggalah suatu perkara itu berjaya mencapai matlamatnya dan ianya akan menimbulkan isu yang positif selepas itu. Antara isu yang sering menjadi perbualan rakyat Malaysia berkaitan dengan pembangunan modal insan adalah seperti :
i. Pendidikan di Malaysia
ii. Peranan wanita dalam modal insan
iii. Masyarakat melayu
iv. Ekonomi di Malaysia dalam aspek pembangunan modal insan

Pendidikan di Malaysia

Pendidikan dan modal insan merupakan dua perkara yang saling bergantungan antara satu sama lain. Ini kerana melalui pendidikanlah dapat mengeluarkan modal insan dan modal insan tidak akan dapat dilahirkan tanpa adanya pendidikan. Pendidikan adalah pelaburan yang sangat penting dalam sesebuah negara. Pencapaian yang dijana melalui sistem pendidikan akan menentukan hala tuju negara pada masa depan. Proses pendidikan adalah jambatan yang membawa pengetahuan, latihan, potensi dan semua elemen kualiti yang ada pada manusia iaitu modal insan ke suatu dimensi yang lebih dinamik dan progresif bagi menggerakkan kemajuan negara. Persoalan sekarang bagaimanakah sistem pendidikan negara dapat mencapai objektif bagi melahirkan modal insan untuk pembangunan negara pada masa akan datang? Di antara perkara yang sering menjadi perhatian dalam sistem pendidikan di Malaysia hari ini ialah bagaimanakah untuk mengelakkan berlakunya pengangguran, memastikan kurikulum relevan dengan kehendak semasa dan mengelakkan pembaziran sumber manusia. Pengetahuan dan kemahiran merupakan sebahagian daripada modal insan dan tanpanya sukar bagi umat Islam untuk mencapai sebarang matlamat.

Dalam era globalisasi pada hari ini, didapati subjek mengenai globalisasi perlu disentuh dalam setiap kurikulum. Perkara ini telah dibuat kajian oleh salah seorang Professor di UPM di mana beliau mendapati subjek globalisasi perlu diserapkan dalam kurikulum ataupun menjadikan ia sebagai satu subjek besar. Usaha ini bagi mendedahkan generasi masa kini terhadap isu-isu globalisasi dan secara tidak langsung dapat membentuk pemikiran kreatif dan ”up to date” di kalangan graduan IPT. Ini adalah salah satu contoh nilai tambah yang boleh kita lakukan dalam kurikulum IPT pada hari ini. Teras kedua daripada lima misi nasional seperti yang digariskan kerajaan ialah untuk meningkatkan keupayaan pengetahuan, kreativiti dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama di kalangan rakyat jelata. Kerajaan berpendapat kejayaan masa hadapan negara bergantung kepada mutu modal insan yang dimiliki, bukan sahaja dari segi intelek tetapi juga keperibadian. Sejajar dengan teras ini, pihak berwajib perlu melaksanakan usaha penambahbaikan sistem pendidikan negara secara menyeluruh, dari peringkat prasekolah hinggalah ke peringkat tinggi dan vokasional. Di peringkat sekolah rendah didapati kerajaan telah mengumumkan Bahasa Mandarin akan diajar sebagai mata pelajaran penuh di 150 sekolah kebangsaan sementara bahasa Tamil diajar di 70 sekolah kebangsaan adalah salah satu langkah yang patut dipuji dalam usaha membentuk perpaduan kaum sejak di bangku sekolah. Usaha ini tidak boleh dipandang remeh memandangkan isu perpaduan kaum adalah agenda besar negara di mana perpaduan kaum tetap menjadi agenda penting dalam pembangunan negara sejak merdeka sehingga kini.

Pada hari ini saban hari media menyajikan berita-berita mengenai pembunuhan kejam, ragut, penderaan, pelacuran, rasuah, mat rempit, penyalahgunaan dadah dan sebagainya. Apakah ini cara hidup masyarakat yang sudah bertamadun dan merdeka? Bagaimana kita nak mengaku yang negara kita sudah bebas dan merdeka seandainya hendak keluar rumah seorang diri tanpa teman pun sudah tidak selamat? Perkara inilah yang perlu kita fikirkan bersama. Apakah usaha yang perlu dilakukan untuk membendung masalah ini. Justeru itu sistem pendidikan di negara ini juga perlu memikirkan cara dan membuat penyelidikan bagaimanakah perkara ini boleh terjadi dan mencari jalan penyelesaiannya. Apa yang perlu kita fikirkan bersama ialah apakah sistem pendidikan kita pada hari ini masih belum mencukupi untuk mendidik masyarakat agar menjadi masyarakat penyayang? Tidak cukupkah dengan pengenalan mata pelajaran seperti Sivik dan Moral? Atau perlu diadakan mata pelajaran tambahan? Antara pendekatan yang boleh diambil dalam menyelesaikan masalah ini ialah pihak kerajaan perlulah sentiasa membuat pemantauan keatas sistem-sistem pengajaran yang digunakan disekolah supaya ianya sentiasa beredar mengikut zaman dalam membentuk modal insan yang sempurna.

Bagi Institusi tinggi pula, Institusi pendidikan ini perlulah menyediakan persekitaran yang menggalakkan atau menjana lebih banyak usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D)dan tidak dapat dinafikan penyelidikan adalah satu amalan yang lumrah di universiti di luar negara dan mereka telah membuktikan universiti yang terkenal dan berjaya adalah universiti yang menjalankan banyak penyelidikan. Justeru itu, diharapkan dalam sistem pendidikan di Malaysia, R & D dilakukan secara berterusan dan digunakan untuk pembangunan insan dan negara dan bukannya untuk di simpan dalam perpustakaan. Rentetan daripada ini juga institusi pendidikan di negara ini diharapkan melakukan usaha penyelidikan dan pembangunan bukan sahaja ke arah pembangunan fizikal negara semata-mata malahan penyelidikan juga perlu tertumpu kepada bagaimana hendak mewujudkan pembangunan modal insan yang berkesan, masalah atau kekangan dalam pembangunan insan, cara penyelesaian dan sebagainya. Dalam hal ini, ia bukan satu perkara yang mudah tetapi tidak pula mustahil untuk dicapai jika masing-masing pihak yang bertanggungjawab tahu memainkan peranan dan menentukan fokus ke arah mencapai matlamat tersebut.


Peranan wanita dalam modal insan

Pembangunan sesebuah negara tidak hanya bergantung kepada keupayaan kaum lelakinya sahaja. Ini kerana disebalik kejayaan kaum lelaki pasti ada wanita yang mendorongnya untuk berjaya. Wanita hari ini bukanlah seperti wanita pada zaman dahulu. Wanita hari ini kebanyakannya adalah mereka yang mementingkan kerjaya. Persoalannya disini ialah sejauh manakah kaum wanita di negara kita membantu dalam membangunkan modal insan. Sememangnya kita ingin melihat wanita di negara ini lebih kompetetif dan memberikan impak kepada pembangunan dan kemajuan negara. Masyarakat yang bermaruah tinggi seharusnya memartabatkan dan menjulang nama negara dipersada antarabangsa. Wanita juga adalah modal insan yang signifikan dan seharusnya turut menyumbang bersama lelaki demi merealisasikan negara Malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Wanita pada hari ini seharusnya berusaha dalam menyumbangkan sesuatu yang bermanfaat kepada masyarakat, agama dan negara. Malaysia sentiasa menghormati prinsip kesaksamaan gender. Wanita telah menunjukkan kejayaan cemerlang apabila diberikan peluang yang saksama. Sumbangan wanita didalam pembangunan modal insan tidak boleh dinafikan kerana wanita yang tidak bekerja, membantu urusniaga keluarga, menjadi surirumah sebenarnya memberikan sumbangan besar dari sudut ekonomi dan sosial serta pembangunan keluarga. Tetapi ia tetap menjadi persoalan disini mengenai sejauhmanakah tahap pengorbanan mereka terhadap tanggungjawab yang mereka pikul. Persoalan ini timbul apabila negara didedahkan dengan masalah sosial oleh golongan belia yang semakin menjadi-jadi. Masalah yang mendapat perhatian kini adalah tentang golongan wanita yang lari dari rumah mengikut kekasih. mengikut statistik orang hilang Polis Diraja Malaysia (PDRM), ada kes mengikut teman lelaki membabitkan remaja perempuan seawal usia 10 tahun, manakala peringkat umur 14 dan 17 tahun adalah paling ramai terbabit iaitu 4,097 orang.

Dalam misi negara untuk membangunkan modal insan, golongan wanita sepatutnya lebih fokus kepada pendidikan dan aspek menjadikan diri seorang insan yang baik. Ibu bapa terutamanya ibu yang tidak bekerja seharusnya perlu memberikan lebih perhatian kepada anak-anak supaya mereka tidak terdedah dengan perkara yang merugikan mereka sendiri. Golongan wanita dilihat mampu menjana ekonomi negara dari segi perniagaan. Golongan wanita di Malaysia bijak dalam menjalankan perniagaan justeru masalah yang melibatkan golongan wanita ini akan merugikan negara. Pihak-pihak yang terlibat perlu memandang serius akan hal ini. Pembangunan modal insan tidak akan berjaya secara keseluruhannya jika masyarakat Malaysia terutamanya wanita masih lagi mengikut lelaki asing dan berhijrah ke negara yang pendapatan per kapitanya rendah hanya kerana cinta. Golongan wanita sendiri perlu bijak dalam menangani masalah ini. Misi negara untuk menjadi negara maju pada tahun 2020 dianggap kurang berjaya jiika rakyatnya masih lagi mudah diperdaya oleh rakyat asing.

Sejauh mana pembangunan modal insan diperlukan dalam membangunkan sesebuah negara. Adakah negara yang megah dengan kehebatannya mempunyai masyarakat yang baik akhlaknya. Perkara ini sering dijadikan isu oleh sesetengah pihak untuk membantah perlaksanaan pembangunan modal insan. Untuk pengetahuan, pembangunan modal insan sangat penting bagi sesebuah negara dalam membentuk keharmonian sejagat. Modal insan yang kukuh akan menjamin masa depan negara berada pada tahap yang membanggakan.


Masyarakat melayu

Orang melayu khususnya perlu mengambil peluang daripada semua usaha kerajaan ke arah pembangunan modal insan. Kita percaya Misi Nasional sepanjang 15 tahun akan terus memberi ruang dan peluang kepada orang melayu mengejar ilmu dan pengalaman untuk menjadi sebahagian penting dalam negara Malaysia yang maju.
Dalam konteks pembangunan usahawan, orang melayu diakui masih di belakang. Sering dilaungkan agar orang melayu berusaha membina budaya perniagaan dan keusahawanan untuk mampu berdaya saing dalam perniagaan. Namun sebelum itu, orang melayu perlu terlebih dulu mengambil bahagian dalam membina budaya pembelajaran supaya dapat menjadi modal insan berkualiti. Oleh itu semua perancangan kerajaan berkaitan pembangunan modal insan hendaklah diberi perhatian oleh orang melayu.

Bagaimanapun, kita bimbang melihat keadaan sekarang di mana orang melayu kelihatan lebih mudah dan bersedia untuk menerima budaya hiburan. Sedar atau tidak, sogokan hiburan jelas begitu banyak sekali dalam kehidupan masyarakat kita sekarang. Pelbagai pihak kelihatan berlumba menghidangkan bermacam bentuk hiburan kepada masyarakat. Hakikatnya ialah orang melayu lebih cenderung menyahut semua bentuk hiburan ini. Hiburan pula, apabila sudah terlalu banyak, secara semula jadi menjauhkan kita daripada kegiatan penambahan ilmu untuk pembangunan modal insan. Kita dapat lihat buktinya di mana setiap bentuk rancangan hiburan sama ada pertandingan menyanyi atau berbentuk pesta akan dikerumuni orang melayu. Ada pesta hiburan berlangsung hingga larut malam dan esoknya hari bersekolah. Kita sayu melihat anak melayu masih sibuk berpesta di tengah malam walaupun esoknya perlu ke sekolah.

Negara kita tidak mempunyai banyak masa dalam perjalanan menuju Wawasan 2020. Kualiti modal insan sememangnya akan menjadi penentu kepada kemampuan negara mencapai status negara maju. Jika modal insan kita lemah, negara tidak akan berpeluang mencapai wawasan seperti dirancang. Namun, kita tidak mahu bersikap negatif. Kita percaya mampu menjadi negara maju serta berdaya saing kerana akan ada dikalangan masyarakat sudah bersedia menjadi modal insan berkualiti tinggi. Kebimbangan kita ialah sumbangan orang melayu hanya sedikit berbanding kedudukan sebagai kumpulan terbesar dalam masyarakat. Dalam tempoh tidak sampai 11 tahun berbaki ini, kita ingin melihat penekanan kuat kepada budaya pembelajaran di kalangan orang Melayu.

Beberapa pendekatan perlu diambil bagi menjamin Misi Nasional yang dijalankan berjaya. Antara pendekatan yang perlu diambil ialah pihak kerajaan haruslah bekerjasama dengan pihak-pihak lain seperti pihak sekolah, media dan swasta bagi memastikan masyarakat melayu tidak alpa dalam membangunkan modal insan. Pihak berkaitan juga harus melaksanakan sesuatu agar wujud keseimbangan dalam kegiatan berunsur hiburan supaya masyarakat kita, khususnya orang melayu, tidak terus asyik dan lupa kepada isu lebih besar dalam pembangunan negara.


Ekonomi di Malaysia dalam aspek pembangunan modal insan

Krisis ekonomi atau politik mudah dilihat dan difahami kesannya. Krisis modal insan lebih diam sifatnya namun kesannya amat besar. Kalau tidak ditangani dengan segera dan bersungguh-sungguh, bukan tahun 2009 atau 2010 yang dirisaukan tetapi hasrat kita untuk merealisasikan Wawasan 2020 mungkin terjejas. Dalam konteks pembangunan modal insan, isu kemasukan pekerja asing sering dinbangkitkan kerana strategi negara yang tidak jelas. Peningkatan jumlah buruh asing yang begitu mendadak seperti kini membanjiri hampir semua sektor ekonomi adalah satu elemen 'krisis modal insan”. Ini kerana masih ramai masyarakat Malaysia yang menganggur dan mempunyai kelayakan untuk mendapatkan pekerjaan seperti itu.

Masalah ekonomi juga turut terjejas berikutan pengeluaran wang oleh pekerja-pekerja asing. Lambakan buruh asing mengepung ekonomi kita. Modal insan merupakan input utama bagi ekonomi negara kerana ia mempunyai sifat endogenous. Ia semakin berkualiti dan bernilai apabila diaplikasikan secara intensif dan apabila ia berada dalam kelompok yang sama dalam skala yang besar.Pekerja asing umpama semut yang mencari gula. Semakin banyak gulanya semakin banyak semut yang mengerumuninya. Lambakan buruh asing mengurangkan manis gula. Semakin ramai yang masuk semakin kuranglah daya tarikan Malaysia untuk menarik minat pekerja yang berkelulusan tinggi dari luar. Ia sedikit sebanyak menjejaskan ekonomi Malaysia. Aliran keluar profesional Malaysia ke negara lain semakin meningkat. Pada tahun 2007 dianggarkan seramai 785,000 pekerja mahir Malaysia berkhidmat di luar negara. Dari satu sudut, ada yang berpandangan bahawa ini hanyalah perihal individu yang ingin mendapatkan gaji yang lebih lumayan. Hakikatnya masalah tirisan minda (brain drain) ini adalah satu lagi petunjuk makro bahawa ekonomi negara tidak mampu meletakkan nilai yang sewajarnya pada seorang pekerja profesional.

Memang kita bangga apabila pekerja Malaysia khususnya yang dihasilkan oleh sistem pendidikan negara diiktiraf di peringkat antarabangsa. Persoalannya, mengapa pengiktirafan ini lebih cenderung berlaku apabila golongan profesional ini meninggalkan Malaysia dan berada di luar negara? Aliran keluar pekerja profesional yang dihasilkan oleh Malaysia tidak sama seperti kita mengeksport barangan buatan Malaysia. Kita sebenarnya rugi. Kita kehilangan input utama ekonomi, modal insan yang berkualiti.

Lazimnya perbincangan mengenai modal insan banyak tertumpu pada faktor penawaran (supply-side) yang melibatkan antara lainnya kualiti sistem pendidikan (sekolah, institusi pengajian tinggi dan latihan). Memang wajar. Namun ini sahaja tidak mencukupi. Lambakan buruh asing dan fenomena brain drain mencerminkan kegagalan faktor permintaan. Kelemahan penawaran dan permintaan pekerjaan perlu ditangani secara serentak bagi mengekang 'krisis modal insan' ini daripada menjadi lebih mudarat.

Rabu, 10 Februari 2010

Cabaran Membangunkan Modal Insan

Dalam usaha membangunkan modal insan, kerajaan telah menghadapi beberapa cabaran hebat. Sebagai status negara yang sedang membangun, negara kita sememangnya menghadapi cabaran yang semakin mencabar dari segi semua aspek seperti sosial, ekonomi, politik dan sebagainya. Namun begitu, cabaran itu seumpama pembangkit semangat negara bangsa untuk bergerak lebih maju ke hadapan.

Untuk melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi, cabaran yang paling hangat sekali yang terpaksa dihadapi oleh kerajaan adalah dari aspek pendidikan. Pendidikan merupakan satu medium yang terpenting sekali bagi membentuk jati diri modal insan yang akan memimpin negara. Pendidikan yang mampu menaikkan nama negara adalah pendidikan yang diiktiraf oleh dunia. Segala kekurangan dalam sistem negara hendaklah segala diperbaiki dan diperbaharui supaya modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi mampu dilahirkan dalam satu angka yang besar.
Warga pendidik merupakan golongan yang amat penting sebagai instruktur di sekolah mahupun di peringkat tinggi seperti di Universiti, kolej-kolej, maktab dan sebagainya. Warga pendidik sentiasa menghadapi cabaran di dalam usaha negara yang ingin melahirkan modal insan yang mampu bersaing di peringkat global. Tanpa warga pendidik yang amanah dan prihatin sudah pasti usaha melahirkan modal insan kelas pertama akan tergendala.

Selain itu, aspek ekonomi juga turut memberikan cabaran yang kuat kepada pihak kerajaan. Hal ini kerana perkembangan globalisasi yang sangat cepat dan kompetitif. Negara terpaksa memberikan saingan sehingga ke peringkat akal umbi untuk merebut peluang-peluang ekonomi di pasaran antarabangsa. Dari aspek ekonomi ini, negara bukan sahaja menghadapi cabaran persaingan dari negara-negara luar sahaja. Negara juga menghadapi beberapa cabaran yang wujud di dalam negara kita sendiri juga.
Oleh itu, segala cabaran yang dihadapi oleh negara, adalah satu tanggungjawab bersama kita sebagai rakyat Malaysia. Kerjasama yang berterusan haruslah diberikan oleh lapisan masyarakat agar modal insan yang kita lahirkan dapat menjadi pembangkin utama untuk merealisasikan impian Wawasan 2020.

Cabaran Dalam Pendidikan

Cabaran dari aspek pendidikan yang dihadapi oleh Pendidikan Negara dan Pendidikan Islam dalam pembangunan modal insan adalah disebabkan kelemahan penguasaan kemahiran 3M dalam kalangan pelajar terutamanya menulis dan membaca tulisan jawi bagi subjek Pendidikan Islam dan penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris bagi matapelajaran lain. Secara tidak langsung, perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek secara seimbang dan menyeluruh tidak dapat dijana kerana nilai-nilai pembelajaran yang diterapkan tidak mampu diserap dan dibentuk dalam diri pelajar.

Kemahiran penguasaan 3M dalam kalangan pelajar merupakan satu aspek penting dalam meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan di kalangan pelajar dengan perlaksanaan KBSR dan KBSM di sekolah-sekolah selaras dengan pembangunan modal insan yang diharapkan oleh Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010) dalam Rancangan Malaysia Ke-9. Ia merupakan satu fokus dan strategi yang dilakukan bagi membangunkan modal insan terhadap penguasaan 3M ini bagi memastikan pelajar mempunyai minda kelas pertama.

Selain itu juga, ia merupakan satu langkah ke arah memperkasakan sekolah kebangsaan ke arah meningkatkan kecemerlangan terhadap pemantapan kurikulum dengan memastikan semua murid Tahap 1 menguasai 3M. perkara ini juga termasuk dalam fokus Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010). Oleh itu jika permasalahan kegagalan pelajar menguasai 3M ini masih berlarutan, maka cabaran Malaysia dalam membangunkan modal insan melalui sistem Pendidikan Islam dan Pendidikan Negara pasti tidak tercapai dan menemui kegagalan.

Cabaran seterusnya yang perlu difikirkan oleh negara ialah cabaran untuk mewujudkan rakyat minda kelas pertama. Dalam hal ini, ia bukan satu perkara yang mudah tetapi tidak pula mustahil untuk dicapai jika masing-masing pihak yang bertanggungjawab tahu memainkan peranan dan menentukan fokus ke arah mencapai matlamat tersebut. Pemupukan minda kelas pertama hanya akan wujud insan yang mempunyai kualiti dalam semua aspek kehidupannya baik dari segi pendidikan, tingkah laku (moral), pekerjaan, cara berfikir dan bertindak, kesedaran sivik yang tinggi serta tahu apa perananannya kepada agama, masyarakat dan negara.

Rakyat yang kurang kesedaran sivik, cetek pemikirannya dan mengutamakan hiburan semata-mata sudah pasti tidak berupaya untuk memiliki minda kelas pertama seperti yang diidamkan kerajaan iaitu berilmu (intelektual) dan berperibadi mulia. Adalah dirasakan IPT pada hari ini perlu mengadakan satu pembaharuan agar pengetahuan teknikal dan insaniah diletakkan seiring tanpa memberatkan pengetahuan teknikal semata-mata. Pembangunan modal insan sebagaimana yang diutarakan oleh Perdana Menteri secara tidak langsung berkait rapat dengan isu kualiti produk IPT hingga dikatakan mengakibatkan lambakan graduan yang tidak memiliki pekerjaan.

Puncanya pada masa kini adalah disebabkan graduan tidak berketerampilan dan tidak memiliki kemahiran, khususnya kemahiran insaniah sebagaimana yang dituntut oleh majikan, di samping pasaran kerja yang kompetitif. IPT perlu menjana graduan yang memiliki kemahiran yang seimbang dan menyeluruh sama ada dari sudut kualiti intelektual mahupun keterampilan insaniah yang merangkumi aspek sikap, akhlak dan sebagainya.

Untuk menangani isu ini, maka Kementerian Pengajian Tinggi telah memperkenalkan pendekatan yang menyeluruh dengan memperkenalkan kemahiran insaniah (KI) (soft skills) yang telah dilancarkan oleh Datuk Mustapa Mohamed baru-baru ini. KI merangkumi aspek-aspek kemahiran generik yang melibatkan elemen kognitif yang berkaitan dengan kemahiran bukan akademik seperti nilai positif, kepimpinan, kerjasama berpasukan, komunikasi dan pembelajaran berterusan.

Selain daripada itu, di era globalisasi ini juga menuntut agar modal insan yang dilahirkan nanti boleh berdikari dan tidak bergantung kepada bantuan orang lain. Sistem pendidikan pada hari ini perlu menyediakan satu infrastruktur yang membolehkan seseorang individu itu memperkembangkan ilmu yang dimiliki dan bukannya menjadikan ilmu yang dimiliki sebagai aset di perpustakaan atau di rak buku. Bak kata pepatah Cina, beri seseorang seekor ikan dan anda telah membekalkannya makanan untuk sehari, tetapi jika berinya kail dan ajarnya bagaimana cara menangkap ikan dan anda telah membantu membekalkan makanan untuk selama-lamanya.

Salah satu perkara yang kurang diberi perhatian dan dianggap remeh oleh sesetengah pihak ialah peranan kegiatan ko-kurikulum dalam sistem pendidikan negara. Tidak dapat dinafikan aktiviti ko-kurikulum dapat melahirkan insan yang sihat tubuh badannya, mental dan fizikalnya. Ramai masyarakat negara kita tidak mengetahui apakah peranan kegiatan ko-kurikulum ini dalam pembentukan modal insan.
Hal ini perlu diberi perhatian yang sewajarnya khususnya di IPT agar kegiatan ini mendatangkan faedah dan pada masa yang sama modal insan dapat dijana melalui aktiviti yang dijalankan. Pembentukan pasukan Palapes misalnya dapat menjana kerjasama berpasukan, “decision making”, disiplin serta leadership di kalangan mahasiswa. Begitu juga dengan kegiatan seperti Silat, olahraga, kompang, kesenian, dan sebagainya perlu dipastikan agar ia dapat menyumbangkan ke arah pembentukan modal insan dan bukan semata-mata untuk memenuhi kredit yang diwajibkan.


Cabaran Kepada Para Pendidik

Harta paling berharga bagi sebuah negara adalah warganya sendiri. Kualiti rakyat sesebuah negara disifatkan modal insan yang perlu ditagih buat memacu kegemilangan.Cabaran pembinaan modal insan terletak sebahagian besar di bahu pendidik. Mereka terbabit dalam dunia pendidikan dan latihan untuk mengembangkan potensi, bakat dan kualiti seseorang murid atau pelajar.Pendidikan penting dalam menyediakan negara dengan modal insan berkualiti yang memiliki sahsiah, berkemahiran tinggi serta mampu berfikir secara kreatif dan kritis khususnya untuk mengisi ruang pemodenan menuju wawasan 2020.Antara tugas penting warga pendidik dalam membangun modal insan ialah membentuk personaliti unggul dalam membina kepemimpinan mantap.
Personaliti unggul bakal diterjemahkan melalui peribadi mulia, mempunyai sifat amanah dan kepemimpinan mulia serta berdisiplin dalam setiap tugasan.Cabaran warga pendidik pastinya pada menyemai benih nilai murni ke arah pembentukan personaliti unggul itu. Perancangan rapi harus direncana bagi merealisasikan impian itu. Di antara tugas utama warga pendidik ialah meningkatkan keupayaan, minat dan bakat murid bagi menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran. Penguasaan bahasa Inggeris sebagai penambah nilai modal insan dikenal pasti antara perkara yang amat dititikberatkan.

Selain itu, pendidikan sains adalah usaha memperkasakan minda saintifik di kalangan murid. Rangsangan minda mampu melahirkan murid yang berfikir secara kreatif dan inovatif serta mempunyai daya inkuiri tinggi. Untuk itu, pengenalan Program F1 Technology Challenge and Robotic kendalian Kementerian Pelajaran memberikan pendedahan minat berfikiran ala saintifik dan berinovasi di kalangan anak muda.Galakan penggunaan ICT pula dalam pengajaran dan pembelajaran seperti pengenalan pengajaran ICT Learning seawal peringkat tahap satu di sekolah rendah dapat merangsang minda murid untuk menerapkan elemen teknologi maklumat di dalam pemikiran bercorak futuristik.


Cabaran Dalam Ekonomi

Keadaan ekonomi semasa masih lagi menggalakkan. Asas ekonomi negara terus kukuh, termasuk tabungan yang tinggi, kadar pengangguran yang rendah dan inflasi yang terkawal. Keyakinan penggunaan dan sentiment pelabur pula semakin mantap. Berdasarkan perangkaan terkini, pertumbuhan ekonomi negara didorong oleh kegiatan ekonomi dalam negeri, iaitu :

•Pertama, perbelanjaan permintaan dalam negeri terus mantap dengan peningkatan penggunaan dan pelaburan sector swasta yang disokong oleh pengukuhan kuasa beli rakyat, pendapatan korporat yang meningkat serta kadar faedah yang rendah.

•Kedua, jumlah pinjaman dalam sistem perbankan terus meningkat sebanyak 8.3 peratus. Prestasi sector perbankan pula kian kukuh dengan paras Hutang Tak Berbayar atau NPL nyata berkurangan daripada 6.8 peratus pada Februari 2004 kepada 5.8 peratus pada bulan Februari 2005.

•Ketiga, kedudukan perdagangan negara terus kukuh dengan imbangan perdagangan negara berada pada kedudukan lebihan selama 88 bulan berturut-turut sejak bulan November 1997.

Perangkaan di atas jelas menunjukkan bahawa keadaan ekonomi negara pada masa ini berada pada landasan yang kukuh untuk terus maju dan berkembang. Sungguhpun demikian, kita perlu meningkatkan lagi usaha memandangkan negara berhadapan dengan persekitaran luar yang masih tidak menentu dan kian mencabar. Era globalisasi menyebabkan berlakunya persaingan di pasaran antarabangsa. Keadaan ini menyebabkan harga minyak tinggi, peningkatan kadar faedah, bencana alam seperti gempa bumi, penularan penyakit, ketegangan geopolitik dan keganasan, di samping kebangkitan ekonomi baru seperti China dan India turut memberi cabaran kepada kita.
Selain itu, cabaran dalam negeri juga perlu diberi perhatian. Antaranya termasuklah usaha untuk meningkatkan trickle down effect dalam ekonomi supaya faedah pertumbuhan dirasai oleh segenap lapisan masyarakat. Oleh itu, kualiti hidup rakyat dapat diperkukuhkan lagi sementara kos kehidupan terus terkawal, peluang pekerjaan diperbanyakkan (termasuk kepada para graduan) dan usaha terus diambil untuk meningkatkan tahap daya saing negara dan mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang mantap.
Dalam hal ini, penerokaan sumber pertumbuhan baru perlu dipertingkatkan, termasuk dalam sektor perkhidmatan dan pertanian. Umpamanya, sektor pertanian mempunyai potensi yang tinggi. Contohnya, dalam kegiatan ternakan ikan laut, ikan hiasan, haiwan berbaka baik dan penanaman sayur-sayuran, bunga-bungaan serta herba. Sektor swasta pula turut memainkan peranan supaya lebih dinamik dan lebih banyak membuat pelaburan di dalam pertanian dan juga sektor-sektor lain supaya terus menerajui pertumbuhan ekonomi.

Sungguhpun kita berhadapan dengan cabaran luaran dan dalaman, pertumbuhan ekonomi negara dijangka terus kukuh. Oleh yang demikian, kita perlu bekerja dengan lebih gigih untuk mencapai kadar pertumbuhan yang lebih tinggi bagi mengimbangi pertumbuhan yang perlahan, terutamanya semasa negara mengalami krisis kewangan Asia pada tahun 1997 dan 1998.


Cabaran Dalam Perkhidmatan Awam

Perkhidmatan awam selalu berubah. Namun begitu, kadar perubahan dunia menjadi lebih pesat, lebih-lebih lagi dalam masa satu dekad yang lalu. Dunia kini semakin kompetetif. Ia membawa cabaran besar kepada semua sektor dalam negara, termasuk sektor awam. Jika dahulu Malaysia bersaing dengan negara membangun lain, kini Malaysia harus bertanding dengan negara-negara lain dipelosok dunia. Perkhidmatan awam mempunya peranan yang besar untuk menyahut cabaran ini, supaya Malaysia lebih berdaya saing. Kita tidak boleh lagi bertanding atas kerendahan kos pekerja atau atas penyediaan pakej insentif semata-mata. Kita sudah termasuk dalam kategori negara yang harus bersaing atas asas kualiti, sama ada kualiti barangan mahupun kualiti perkhidmatan dan ini termasuklah perkhidmatan awam.

Pelabur asing, usahawan tempatan, pekerja berpengetahuan tinggi semuanya akan berinteraksi dengan anggota perkhidmatan awam dalam menjalankan aktiviti mereka, dari hal-hal besar seperti permohonan permit eksport, kepada hal-hal kecil seperti pembaharuan eksport. Sektor swasta, sama ada orang asing atau tempatan, memerlukan perkhidmatan yang cekap dan memudahkan pekerjaan mereka. Jika perkhidmatan yang baik tidak dapat diberikan, peniaga dan pelabur akan mencari negara lain, di mana kualiti perkhidmatan dipentingkan.

Begitulah derasnya arus dunia sekarang, yang cepat dan efisen mendapat habuan luar biasa, sementara yang lambat dan tidak cekap akan mendapat sisa-sisa. Oleh itu, sektor awam harus menjadi pemberi khidmat dan pemudah cara kepada aktiviti sektor swasta. Malah peranan sektor awam ini telah dijelaskan melalui Dasar Pensyarikatan Malaysia yang bermula pada tahun 1983.

Jesteru itu, dari luar sempadan, kita menghadapi cabaran arus dunia yang semakin deras dan bergelora. Dari dalam pula, kita menghadapi cabaran besar untuk memenuhi keperluan rakyat yang semakin bertambah. Pada tahun 1990 hingga 2002, jumlah penduduk Malaysia bertambah daripada 18 juta ke 24 juta, iaitu peningkatan sebanyak 33 peratus. Dalam jangka masa yang sama, jumlah anggota perkhidmatan awam bertambah daripada 1.06 juta ke 1.23 juta orang, iaitu sebanyak 16 peratus, separuh daripada kadar peningkatan penduduk negara. Peningkatan dalam beban kerja ini sedikit sebanyak dapat dikurangkan melalui sistem berkomputer dan penambahbaikan proses kerja. Walaupun begitu, kita tidak dapat menafikan bahawa tanggungjawab anggota perkhidmatan awam telah meningkat.

Seperti perubahan arus dunia, kita juga tidak dapat lari dari peningkatan keperluan dan kesedaran rakyat. Apabila sesebuah negara menjadi semakin maju, dan rakyatnya semakin berpengetahuan, tuntutan ke atas kualiti perkhidmatan awam sentiasa meningkat. Anggota perkhidmatan awam adalah daripada kalangan rakyat. Oleh itu, rakyat haruslah bersama-sama dengan perkhidmatan awam untuk meningkatkan kualiti dan mengejar pembaikan, supaya kita dapat menjadi satu masyarakat maju dalam erti kata sebenar.

sekian,, harap dapat berkongsi ilmu tentang cabaran membangunkan modal insan.
sila tinggalkan komen anda..

Selasa, 9 Februari 2010

KIMPALAN ARKA TUNGSTEN GAS (TIG)

Kimpalan arka Tungsten Gas merupakan satu proses penyambungan logam yang menggunakan haba dari arka kimpalan yang menggunakan kuasa elektrik serta menggunakan gas tertentu bagi mendapatkan satu sambungan yang bermutu tinggi. Kimpalan jenis ini banyak digunakan dalam kerja yang memerlukan kualiti penyambungan yang tinggi, dan proses ini boleh mengimpal hamper semua jenis logam. Walaubagaimanapun, logam keluli tidak digalakkan dikimpal dengan menggunakan kimpalan jenis ini kerana boleh dilakukan dengan proses kimpalan yang lebih murah harganya. Namun begitu, jika terdapat kerja kimpalan yang terlibat dengan gas-gas tertentu di sekelilingnya, proses kimpalan ini amatlah sesuai. Ini kerana penggunaan gas argon dapat melindungi sambungan kimpalan tersebut dari dimasuki gas yang sedia ada. Proses ini juga dikenali dengan Tungsten Innert Gas atau TIG dan juga dikenali sebagai GTAW atau Gas Tungsten Arc Welding.

PERALATAN TIG

Bekalan Kuasa
Dalam kebiasaannya, mesin untuk kegunaan kimpala MIG ialah penjana motor atau penerus jenis bekalan kuasa bervoltan malar yang membekalkan arus terus sehingga 250 Ampere. Secara automatiknya, voltan berubah-ubah mengikut jarak celahan di antara hujung dawai elektrod dengan benda kerja manakala arus pula berubah secara songsang apabila kerja dijalankan.

Penembak Bekalan
Penembak bekalan biasanya digunakan untuk mengeluarkan dawai elektrod dan gas pelindung. Kaedah mengeluarkan dawai elektrod dari muncung penembak ialah secara tarik atau tolak.

Gas Pelindung
Gas pelindung yang digunakan bagi mengimpal TIG sesuatu logam tidak semestinya sesuai juga bagi mengimpal MIG logam berkenaan. Gas yang lazimnya digunakan dalam kimpalan MIG ialah argon dan campuran argon dengan das yang telah sedia ada.

Tungsten
Tungsten yang digunakan bagi penembak bekalan bertujuan untuk menghasilkan pancuran api ke bahan kerja.

LANGKAH-LANGKAH KERJA SAMBUNGAN SILINDER TIG
1.Bersihkan benda kerja yang hendak dikimpal dengan menggunakan berus dawai.
2.Letakkan silinder di atas benda kerja dan laraskan arus serta tekanan mengikut kesesuaian plat tersebut serta laraskan hujung mata tungsten.
3.Letak kedua-dua silinder untuk ditemukan di hujung-hujung silinder berkenaan serta lakukan kimpal paku pada sambungan silinder.
4.Lakukan kimpal TIG sehinggan selesai memenuhi ruang kimpal dengan menggunakan rod.
5.Matikan suis kimpal TIG dan tutup tekanan gas apabila selesai kerja mengimpal sambungan silinder dan sejukkan bahan kerja.
6.Bersihkan jermang pada bahan kerja dengan menggunakan alat pembersih untuk mendapatkan hasil yang kemas.

Kelebihan
•Sesuai mengimpal kebanyakan logam (ferus dan bukan ferus : Keluli, aluminium, magnesium, kuprum, gangsa, emas……….)
•Sambungan bermutu tinggi.
•Tidak berlaku percikan logam semasa mengimpal.
•Tidak perlu kerja pembersihan selepas kimpal.
•Kimpalan boleh dilakukan pada pelbagai kedudukan.


Kekurangan
•Prosesnya perlahan berbanding dengan proses yang menggunakan elektrod guna habis.
•Gas pelindung dibekalkan secara berasingan (kos meningkat).
•Tidak boleh digunakan untuk logam yang mempunyai suhu lebur yang rendah.
•Proses sukar dilakukan secara automatik kerana logam pengisi perlu dibekalkan secara berasingan ke medan kimpal.

KIMPALAN ARKA LOGAM GAS LENGAI (MIG)



MIG (Metal Innert Gas Welding) atau Kimpalan Gas Lengai. Dalam proses tersebut elektrod akan melebur dan bercampur dengan leburan logam induk untuk membentuk lopak kimpal. Oleh itu, elektrod mestilah dibekalkan arus yang berterusan sepanjang proses kimpalan itu dijalankan. Untuk bekalan elektrod yang berterusan, elektrod dibuat dalam bentuk dawai yang boleh dihulurkan keluar dari muncung pengimpal secara automatik pada kelajuan yang ditentukan. Gas pelindung dibekalkan melalui muncung kimpal seperi yang dilakukan dalam kimpalan TIG. Proses ini boleh dilakukan secara automatik atau seperuh automatik. Walau bagaimanapun, alat kelengkapan MIG lebih rumit kerana prosesnya memerlukan huluran elektrod yang berterusan yang seragam.

PERALATAN MIG

1.Bekalan Kuasa
Dalam kebiasaannya, mesin untuk kegunaan kimpala MIG ialah penjana motor atau penerus jenis bekalan kuasa bervoltan malar yang membekalkan arus terus sehingga 250 Ampere. Secara automatiknya, voltan berubah-ubah mengikut jarak celahan di antara hujung dawai elektrod dengan benda kerja manakala arus pula berubah secara songsang apabila kerja dijalankan.

2.Penembak Kimpalan
Penembak bekalan biasanya untuk mengeluarkan dawai elektrod dan gas pelindung. Keadah mengeluarkan dawai elektrod dari muncung penembak secara tarik atau tolak.

3.Gas Pelindung
Ia digunakan bagi MIG ialah gas karbon dioksida. Gas karbon dioksida digunakan untuk mengimpal MIG keluli karbon.

4.Dawai Elektrod
Ia digunakan dalam sebarang kimpalan MIG mestilah dari logam yang mempunyai kerencaman yang sama dengan bahan kerja yang dikimpal.




LANGKAH-LANGKAH KERJA SAMBUNGAN SILINDER MIG

>Silinder dibersihkan dahulu dan diletakan di atas meja.
>Buka bekalan kuasa dan laraskan arus elektrik kimpalan kepada 120 A
>laraskan gas pelindung, pastikan dawai elektrod penembak ada.
>Silinder 1 diletakkn dgn silinder 2, dan kimpal paku dibuat pd sambungan tersebut.
>Mulakan kimpal sambungan silinder sehingga tegak sehingga siap.
>Kemudian lihat hasil kerja kimpal tersebut.
>Sejukkan benda kerja dan bersihkan.

Kelebihan
•Proses boleh diautomasikan (digabungkan dengan robot).
•Proses lebih cepat.
•Hasil kimpalan bermutu tinggi.
•Sedikit kerja pembersihan selepas kimpal.
•Arka dan kubang kimpal mudah dilihat semasa mengimpal.
•Kimpalan boleh dibuat pada semua kedudukan.
•Boleh mengimpal kesemua logam utama.

Kekurangan
•Gas pelindung dibekalkan secara berasingan (kos meningkat).
•Peralatan yang diperlukan kompleks dan mahal.
•Sistem tidak mudah alih.
•Pemegang elektrod prlu dekat dgn benda kerja utk memastikn perisaian arka cukup.

kegunaan web 2.0 dalam pembangunan blog

berikut adalah contoh kegunaan web 2.0 dalam pembangunan blog.

> menggunakan blog untuk menulis perkembangan sesuatu perkara.
1-berita, majlis ataupun review produk terbaru.
2-program menggunakan blog untuk menulis teknik.
3-mencurahkan idea, karya, cerita mahupun sesuatu tulisan.
4-web menyediakan satu platform untuk pengguna mencipta blog tanpa mengenakan bayaran.
5-blog dapat ditambahkan dengan pelbagai widget yang dapat menjadikan blog lebih menarik.
6-web membolehkan pengguna menggunakan link-link tertentu.
7-web juga memberikan fungsi sebagai penghubung di antara blogawan dengan pengunjung blog. di sini, para blogawan boleh mendapatkan maklum balas dalam masa yang sangat singkat.

kelemahan web 2.0

Namun, jika dilihat dari aspek rekabentuk antaramuka Friendster itu sendiri, ia juga mempunyai beberapa keburukan seperti proses untuk memuat naik gambar adalah sangat lambat dan hanya boleh memasukkan gambar yang bersaiz kurang daripada 2Mb . Ini akan menyebabkan masa pengguna terbuang sekiranya mereka ingin memuat naik sesuatu gambar. Mereka perlu mengubah saiz gambar tersebut sebelum proses memuat naik gambar dilakukan. Selain itu, sebarang penyebaran video yang tidak bermoral juga boleh berlaku dengan mudah. Malah, penyebaran video itu juga turut menggunakan nama atau identiti salah seorang daripada rakan pengguna. Hal ini akan menimbulkan persepsi yang tidak baik terhadap individu tersebut. Jika dilihat daripada menu mesej yang disediakan, kadang-kadang pengguna menerima mesej yang sama ekoran daripada mesej yang telah di’forward’ tidak dapat ditapis dan disekat.
Namun demikian, jika dilihat dari aspek kepenggunaan pula, terdapat beberapa keburukan akibat daripada menggunakan laman web komuniti ini. Di antaranya ialah berlaku penyamaran oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Hal ini akan menyebabkan beberapa gejala seperti culik, rogol, peras ugut dan sebagainya. Selain itu, ia juga akan menyebabkan ketagihan menggunakan internet yang melampau. Akibat daripada itu, mereka lebih cenderung untuk menjadi seorang yang tidak menghiraukan dunia luar, tiada keyakinan diri dan berpotensi menjadi seorang yang pasif. Ini akan menyebabkan mereka diibaratkan seperti katak di bawah tempurung. Selain itu, mereka juga kurang bergaul dan bersosial dengan rakan yang dekat ekoran hanya memberi tumpuan kepada rakan dalam ruang maya sahaja. hal ini sedikit sebanyak akan cenderung ke arah keretakan dan kerenggangan hubungan persahabatan yang dijalinkan secara realiti. Di samping itu,
Secara keseluruhannya, web 2.0 ini bukan sahaja mempunyai kebaikan malah turut juga mempunyai kekurangan. Oleh hal yang demikian, pengguna harus mengambil sikap berhati-hati dan berwaspada ketika menjalinkan persahabatan melalui ruang maya seperti Friendster ini. Mereka tidak harus cepat percaya dengan penyamaran dan penipuan yang dilakukan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab ini. Selain itu, masa penggunaan ruang maya ini juga harus dihadkan supaya sindrom ketagihan internet dapat diatasi.

Kelebihan Web 2.0

Belakangan ini, fenomena Web 2.0 menjadi wacana yang terus mengemuka. Tim O’Reilly (pendiri dari O’Reilly Media), mengatakan Web 2.0 merupakan sebuah revolusi bisnes pada industri komputer karana transformasi internet menjadi sebuah platform. Menurut O’Reilly terdapat tujuh prinsip yang menjelaskan kemampuan inti dari Web 2.0, iaitu:

Pertama, Servis.
Bagi penggunanya, Web 2.0 adalah servis dengan skalabilitas kos yang efektif. Berbeza dengan media konvensional yang pada umumnya yang mahal. Web 2.0 merupakan media yang bersifat low budget high impact. Dengan kos yang efisien, Web 2.0 mampu membuat jejaring sosial yang terus membesar serta saling berhubungan.

Kedua, Kontrol.
Pengawalan unik Web 2.0 menjadikan content Web 2.0 semakin kaya, seiring dengan bertambahnya jumlah pengguna. Jika dulu pengguna website menjadi pembaca,dengan konsep Web 2.0 pengguna dapat menjadi pembaca dan penulis, termasuk juga mengawalnya. Dengan kata lain, Web 2.0 merupakan contoh demokrasi “dari rakyat untuk rakyat.”

Ketiga, Kepercayaan.
Dalam hal ini terjalin kepercayaan antara penyedia Web 2.0 dan pengguna. Hal mengagumkan yang dihasilkan Web 2.0 adalah kontribusi pengguna tanpa saling mengenal satu sama lain, dari berbagai
latar pendidikan dan budaya, telah mampu bersama-sama memelihara eksistensi Web 2.0 dengan dasar kepercayaan para pengguna.

Keempat, Kepandaian Kolek­tif.
Kelebihan Web 2.0 adalah memanfaatkan kepandaian secara kolektif. Aktivitas yang dilakukan
pengguna seperti membuat website berkembang secara organik seperti artikel-artikel yang terus bertambah setiap harinya pada Wikipedia atau website eBay yang menciptakan pasar dengan adanya pengguna yang berlaku sebagai pembeli dan penjual.

Kelima, Long Tail.
Web 2.0 menciptakan kurva Long Tail yang memberikan variasi pilihan yang tidak terbatas. Chris Anderson “The Long Tail: Why The Future of Business Is Selling Less of More”, menyebutkan kekuatan distribusi, di mana market-market yang mikro dapat menjual dengan volume yang lebih tinggi, dibandingkan dengan volume market makro.

Keenam, Level Software.
Web 2.0 merupakan sebuah servis terintegrasi berbagai device, sama ada mobile/handheld device, PC, ataupun server internet.

Ketujuh, Kemudahan.
Dalam banyak hal, penggunaan dan pemanfaataan Web 2.0 dapat memberikan dukungan kemudahan yang mencakup beberapa hal seperti user interface, model programming, mahupun model bisnes.

Perbezaan web 1.0 dan web 2.0

Web 1.0 Web 2.0
DoubleClick -> Google AdSense
Ofoto -> Flickr
Akamai -> BitTorrent
mp3.com -> Napster
Britannica Online -> Wikipedia
Personal Websites -> Blogging
evite -> Upcoming.org dan EVDB
spekulasi nama domain -> Optimasi Search Engine
page view -> Cost per click
screen scraping -> Web services
publishing -> Participation
content management system -> Wikis
direktori (taksonomi) -> Tagging(”folksonomy”)
stickiness -> Syndication

Ciri-ciri Web 2.0

1.The Web as Platform

Aplikasi Web 2.0 menggunakan Web (atau Internet) sebagai platformnya. Apa sih yang dimaksud dengan platform ? Platform di sini adalah tempat suatu aplikasi dijalankan. Contoh platform yang terkenal adalah Windows, di mana ada aplikasi-aplikasi seperti Microsoft Office dan Adobe Photoshop. Menggunakan Internet sebagai platform berarti aplikasi-aplikasi tersebut dijalankan langsung di atas Internet dan bukan di atas satu sistem operasi tertentu. Contohnya adalah Google yang bisa diakses dari sistem operasi mana pun. Contoh lainnya adalah Flickr yang juga bisa diakses dari sistem operasi mana pun.

Kelebihannya jelas, aplikasi-aplikasi Web 2.0 ini tidak lagi dibatasi sistem operasi seperti pada Windows. Dan kita bahkan tidak perlu menginstall apapun untuk menggunakan aplikasi-aplikasi ini.

2.Harnessing Collective Intelligence

Aplikasi Web 2.0 memiliki sifat yang unik, yaitu memanfaatkan kepandaian dari banyak orang secara kolektif. Sebagai hasilnya muncullah basis pengetahuan yang sangat besar hasil gabungan dari pengetahuan banyak orang. Contoh yang jelas adalah Wikipedia. Wikipedia adalah ensiklopedi online yang memperbolehkan semua orang untuk membuat dan mengedit artikel. Hasilnya adalah ensiklopedi online besar yang sangat lengkap artikelnya, bahkan lebih lengkap daripada ensiklopedi komersial seperti Encarta ! Contoh lainnya lagi adalah del.icio.us di mana semua orang saling berbagi link-link menarik yang mereka temukan. Akibatnya kita bisa menemukan “permata-permata” di Web gabungan hasil browsing dari ribuan orang. Blogosphere juga merupakan contoh kepandaian kolektif karena setiap orang bisa menulis blog-nya sendiri-sendiri lalu saling link satu sama lain untuk membentuk jaringan pengetahuan, mirip seperti sel-sel otak yang saling terkait satu sama lain di dalam otak kita.

3.Data is the Next Intel Inside

Kekuatan aplikasi Web 2.0 terletak pada data. Aplikasi-aplikasi Internet yang berhasil selalu didukung oleh basis data yang kuat dan unik. Contohnya adalah Google, yang kekuatannya terletak pada pengumpulan dan manajemen data halaman-halaman Web di Internet. Contoh lainnya lagi adalah Amazon yang memiliki data buku yang bukan hanya lengkap, tapi juga sangat kaya dengan hal-hal seperti review, rating pengguna, link ke buku-buku lain, dan sebagainya. Ini berarti perusahaan yang unggul adalah perusahaan yang menguasai data.

4.End of the Software Release Cycle

Aplikasi Web 2.0 memiliki sifat yang berbeda dengan aplikasi pada platform “lama” seperti Windows. Suatu aplikasi Windows biasanya dirilis setiap dua atau tiga tahun sekali, misalnya saja Microsoft Office yang memiliki versi 97, 2000, XP, dan 2003. Di lain pihak, aplikasi Web 2.0 selalu di-update terus-menerus karena sifatnya yang bukan lagi produk melainkan layanan. Google misalnya, selalu di-update data dan programnya tanpa perlu menunggu waktu-waktu tertentu.

5.Lightweight Programming Models

Aplikasi Web 2.0 menggunakan teknik-teknik pemrograman yang “ringan” seperti AJAX dan RSS. Ini memudahkan orang lain untuk memakai ulang layanan suatu aplikasi Web 2.0 guna membentuk layanan baru. Contohnya adalah Google Maps yang dengan mudah dapat digunakan orang lain untuk membentuk layanan baru. Sebagai hasilnya muncullah layanan-layanan seperti HousingMaps yang menggabungkan layanan Google Maps dengan Craigslist. Layanan seperti ini, yang menggabungkan layanan dari aplikasi-aplikasi lainnya, dikenal dengan istilah mashup.

6.Software Above the Level of a Single Device

Aplikasi Web 2.0 bisa berjalan secara terintegrasi melalui berbagai device. Contohnya adalah iTunes dari Apple yang berjalan secara terintegrasi mulai dari server Internet (dalam bentuk toko musik online), ke komputer pengguna (dalam bentuk program iTunes), sampai ke mobile device (dalam bentuk iPod). Di masa depan diperkirakan akan makin banyak aplikasi-aplikasi yang memiliki sifat ini, misalnya saja demo Bill Gates di CES 2006 menunjukkan integrasi antar device yang luar biasa (lihat post Consumer Electronic Show 2006).

7.Rich User Experiences

Aplikasi Web 2.0 memiliki user interface yang kaya meskipun berjalan di dalam browser. Teknologi seperti AJAX memungkinkan aplikasi Internet memiliki waktu respons yang cepat dan user interface yang intuitif mirip seperti aplikasi Windows yang di-install di komputer kita. Contohnya adalah Gmail, aplikasi email dari Google yang memiliki user interface revolusioner. Contoh lainnya lagi adalah Google Maps yang meskipun berjalan dalam browser namun bisa memberikan respons yang cepat saat pengguna menjelajahi peta.

Pengenalan kepada web 2.0

Web 2.0 bukan merupakan perkara baru dalam dunia internet khasnya pada era globalisasi kini. Hal ini adalah ekoran daripada kepantasan anjakan paradigma dan transformasi dunia global. Sebelum ini, masyarakat hanya menggunakan web untuk mendapatkan maklumat semata-mata. Tetapi, dengan kewujudan web 2.0, komunikasi manusia dapat dijalankan secara dua hala selain menjadikan komunikasi begitu berkesan, pantas dan mudah. Masyarakat bukan sahaja dapat melayari web malah dapat mempamerkan, memperluaskan dan berkongsi kreativiti mereka dengan sesiapa sahaja tanpa batasan masa, ruang dan lokasi. Dunia kini menjadi semakin sempit kerana komunikasi boleh berlaku di mana-mana sahaja, bila-bila masa dan dengan sesiapa pun tanpa sebarang halangan. Rentetan itu perbezaan budaya, agama, bangsa, warna kulit dan negara bukan lagi menjadi ukuran dalam menjalinkan perhubungan meskipun hanya secara maya.

Menurut Tim Berners Lee iaitu seorang pencipta web, web 2.0 merupakan pengganti atau satu inovasi kepada web 1.0. Hal ini adalah kerana ia merupakan satu jaringan piawaian yang dihasilkan daripada web 1.0. Perbezaan antara web 1.0 dan web 2.0 adalah dari segi kepenggunaan, fungsi dan pemilikan pengguna. Hal ini bermaksud web 2.0 merupakan satu ruang yang interaktif, dinamik dan fleksibel di mana pengguna boleh menyesuaikan kehendak dan idea mereka seiring dengan fungsi yang terdapat dalam web 2.0. Hal ini secara langsung menjadikan pengguna bukan sahaja sebagai pengunjung malah turut menjadi pemilik kepada web 2.0 tersebut. Di samping itu, web 2.0 juga bersifat mesra pengguna kerana ia memudahkan sesiapa sahaja menggunakannya ekoran ia mengandungi ciri-ciri ’apa yang anda lihat adalah apa yang anda dapat’ (WYSIWYG – What You See Is What You Get). Sebenarnya nama web 2.0 dicipta oleh Dale Dougherty pada tahun 2004. Beliau merupakan naib presiden di sebuah syarikat pengkomputeran iaitu O’Reilly Media Inc. Menurut beliau, web 2.0 merupakan sebuah jaringan yang merangkumi pelbagai makna termasuk pengguna boleh menghasilkan kandungan dan berkongsi data serta maklumat yang pelbagai dengan sesiapa sahaja. Selain itu, ia juga digunakan bersama-sama dengan pelbagai jenis perisian sosial, berinteraksi dengan aplikasi berasaskan web dan menggunakan web sebagai satu platform untuk menjana (generating), menggunakan semula kandungan dan sebagainya.
Umumnya web 2.0 mempunyai beberapa ciri termasuk penyertaan pengguna, keterbukaan, kawalan pengguna dan identiti. Lazimnya semua aspek web 2.0 adalah didorong oleh penyertaan pengguna. Hal ini adalah ekoran daripada peralihan atau transisi yang terdapat dalam web 2.0 itu sendiri. Di antaranya ialah blog, jaringan sosial, imej yang percuma dan memuat naik video. Perkara-perkara ini akan membenarkan kandungan dicipta dengan mudah dan dapat berkongsi dengan sesiapa sahaja. Manakala bagi aspek keterbukaan pula, web 2.0 tidak mempunyai sistem yang tertutup di mana menghadkan lingkungan pengguna kepada bahagian-bahagian tertentu sahaja. Pihak pemaju atau pihak syarikat juga boleh menggunakan web 2.0 untuk mengakses maklumat dan mencapai aplikasi secara telus. Selaras dengan sifat web 2.0 yang mesra pengguna, ia membolehkan pengguna mengawal semua kandungan yang mereka bina termasuk memilih identiti untuk berinteraksi di ruang maya dan rangkaian sosial yang lain. Namun begitu, pengguna juga dapat memiliki dan mengesahkan identiti sebenar mereka dalam transaksi.

Secara amnya, web 2.0 mengandungi beberapa aplikasi web yang mempunyai ciri-ciri tertentu serta dapat dijalankan secara terus melalui pelayar web tanpa perlu memasang (install) sebarang perisian. Antaranya ialah Podcast, Blog, Wiki serta rangkaian sosial seperti Friendster, Myspace, Facebook, Twitter dan sebagainya. Misalnya Friendster, ia merupakan suatu komuniti maya yang membolehkan pengguna mencari rakan baru, berkomunikasi dengan rakan sedia ada, berkongsi sebarang maklumat, menganjurkan aktiviti dan berhubung semula dengan rakan lama. Laman komuniti yang beribu pejabat di Mountain View, California ini bukan sahaja mempunyai 4.2 juta pengguna berdaftar di Malaysia malah pernah memenangi beberapa anugerah termasuk Time Magazine's 50 Coolest Websites 2004 dan Coolest Inventions 2003.
Dahulunya, Friendster merupakan sebuah laman web yang kecil. Tetapi kini ia telah bertukar menjadi sebuah laman web yang amat digemari oleh sesiapa sahaja khasnya golongan muda. Mungkin di Amerika atau negara-negara barat yang lain kurang menggunakan Friendster sebagai laman komuniti mereka, tetapi di Malaysia dan negara-negara Asia yang lain Friendster mendapat lebih perhatian. Hal ini adalah kerana satu kajian mendapati bahawa 29% daripada populasi pengguna internet di Malaysia memiliki Friendster. Selain itu, menurut Pengarah Perhubungan Awam dan Pemasaran Friendster, Jeff Roberto, pengguna Malaysia merupakan pengguna Friendster paling aktif di dunia. Kebanyakan pengguna Malaysia menghabiskan masa 245 minit setiap bulan untuk melayari laman komuniti ini.

Umumnya, selain dapat menjalinkan hubungan persahabatan, pengguna juga boleh mengubahsuai antaramuka laman mengikut idea dan kreativiti mereka sendiri. Di antaranya mereka boleh mengubahsuai latar belakang, memasukkan elemen-elemen seperti audio, video, grafik, animasi dan teks. Mereka boleh memilih sama ada ingin memasukkan latarf belakang daripada ’template’ yang telah disediakan atau ingin memasukkannya melalui kod-kod yang disediakan dalam laman-laman web tertentu. Selain itu, pengguna juga akan diberi peringatan mengenai hari lahir sahabat mereka. Peringatan tersebut dihantar melalui emel. Hal ini membolehkan seseorang itu menjadi seorang rakan yang disenangi ramai. Setelah diingatkan, mereka boleh menghantar komen atau sebarang grafik kepada rakan yang menyambut ulang tahun itu dengan menghantar satu mesej yang menarik yang boleh didapati di mana-mana laman web yang berkaitan. Bagi menambahkan lagi laman mereka, pengguna boleh menambah elemen audio yang akan dimainkan secara automatik.

Namun, jika dilihat dari aspek rekabentuk antaramuka Friendster itu sendiri, ia juga mempunyai beberapa keburukan seperti proses untuk memuat naik gambar adalah sangat lambat dan hanya boleh memasukkan gambar yang bersaiz kurang daripada 2Mb . Ini akan menyebabkan masa pengguna terbuang sekiranya mereka ingin memuat naik sesuatu gambar. Mereka perlu mengubah saiz gambar tersebut sebelum proses memuat naik gambar dilakukan. Selain itu, sebarang penyebaran video yang tidak bermoral juga boleh berlaku dengan mudah. Malah, penyebaran video itu juga turut menggunakan nama atau identiti salah seorang daripada rakan pengguna. Hal ini akan menimbulkan persepsi yang tidak baik terhadap individu tersebut. Jika dilihat daripada menu mesej yang disediakan, kadang-kadang pengguna menerima mesej yang sama ekoran daripada mesej yang telah di’forward’ tidak dapat ditapis dan disekat.
Namun demikian, jika dilihat dari aspek kepenggunaan pula, terdapat beberapa keburukan akibat daripada menggunakan laman web komuniti ini. Di antaranya ialah berlaku penyamaran oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Hal ini akan menyebabkan beberapa gejala seperti culik, rogol, peras ugut dan sebagainya. Selain itu, ia juga akan menyebabkan ketagihan menggunakan internet yang melampau. Akibat daripada itu, mereka lebih cenderung untuk menjadi seorang yang tidak menghiraukan dunia luar, tiada keyakinan diri dan berpotensi menjadi seorang yang pasif. Ini akan menyebabkan mereka diibaratkan seperti katak di bawah tempurung. Selain itu, mereka juga kurang bergaul dan bersosial dengan rakan yang dekat ekoran hanya memberi tumpuan kepada rakan dalam ruang maya sahaja. hal ini sedikit sebanyak akan cenderung ke arah keretakan dan kerenggangan hubungan persahabatan yang dijalinkan secara realiti.

Secara keseluruhannya, web 2.0 ini bukan sahaja mempunyai kebaikan malah turut juga mempunyai kekurangan. Oleh hal yang demikian, pengguna harus mengambil sikap berhati-hati dan berwaspada ketika menjalinkan persahabatan melalui ruang maya seperti Friendster ini. Mereka tidak harus cepat percaya dengan penyamaran dan penipuan yang dilakukan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab ini. Selain itu, masa penggunaan ruang maya ini juga harus dihadkan supaya sindrom ketagihan internet dapat diatasi.