Selasa, 5 Oktober 2010

Bucida Molineti

Kita seharusnya bersyukur kepada Tuhan yang menjadi pencipta seluruh alam. Pelbagai alam semula jadi yang sangat menarik seperti pokok, air terjun, permandangan, pantai, dasar laut, dan sebagainya. Sebagai menunjukkan rasa bersyukur terhadap ciptaanNYA ini, kita haruslah menjaga dan memelihara segala keindahan alam semuala jadi yang sangat berharga ini. Salah satu alam semula jadi yang harus kita pelihara adalah pokok. Walaupun pokok adalah sejenis tumbuhan yang boleh tumbuh secara semulajadi dan tidak perlu disiram, namun pokok telah banyak memberikan peranan yang sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Pokok berperanan mengekalkan suhu persekitaran, mengurangkan pencemaran habuk dan debu, mengurangkan pencemaran gas beracun, dan sebagainya.

Namun begitu, bukan isu kepentingan pokok yang akan dibicara di ruangan ini. Tetapi kepentingan pokok sebagai hiasan dan lanskap. Sepertimana yang kita tahu bahawa lanskap merupakan salah satu hiasan yang wujud secara semulajadi pada asal. Dengan kegiatan R&D yang semakin berkembang pesat, lanskap telah menjadi lebih menarik menarik. Salah satu pokok yang digunakan dalam lanskap adalah pokok Bucida Molineti. kalau kita lihat pokok bucida molineti ini, ia seakan akan seperti pokok yang begitu banyak terdapat di dalam mana-mana hutan seluruh dunia. Marilah kita sama-sama mengkaji apakah sebenarnya yang dinamakan pokok Bucida Molineti.

Bucida Molineti adalah nama saintifik bagi pokok yang terdapat di dalam gambar-gambar yang tertera. Bagi nama tempatan pula, pokok ini mempunyai pelbagai nama. Dalam bahasa inggeris, pokok ini dikenali sebagai black olive tree. Masyarakat Malaysia pula memberi nama pokok ini sebagai pokok doa. Pokok Bucida Molineti terdapat pelbagai jenis pokok bucida seperti Bucida Angustifolia, Bucida Buceras, Bucida Comintana, Bucida corelliana, Bucida Niitida dan banyak lagi. Namun di sini kita hanya mengkaji tentang pokok bucida molineti sahaja. Pokok ysng berasal daripda pokok badam india ini selalunya digunakan sebagai bahan lanskap, perhiasan dalam rumah, dan sebagainya.

Hanya beberapa negara sahaja yang memiliki pokok Bucida molineti ini seperti amerika syarikat, Bahamas, Cuba, Selatan Florida dan Hispaniola. Negara kita Malaysia menanam pokok Bucida Molineti tetapi tidak mempunyai pokok ini. Hanya negara-negara yang tersenarai di atas sahaja mempunyai baka pokok Bucida Molineti. Namun asal pokok ini adalah dari negara Bahamas. Hal ini berkemungkinan kerana faktor iklim negara yang berbeza menyebabkan kesulitan untuk mengeluarkan baka pokok Bucida Molineti. Ada juga sumber yang mengatakan bahawa pokok Bucida ini ditanam secara meluas di Selatan Florida. Ada juga sumber yang mengatakan pokok Bucida ini berasal dari Florida namun telah dipertikaikan.

Pokok Bucida Molineti sangat rimbun walaupun mempunyai daun yang kecil. Pokok ini dikategorikan di dalam jenis pokok lanskap bersaiz besar. Pelbagai jenis lanskap namun pokok ini juga amatlah sesuai ditanam pada landskap di jalan protokol. Contohnya di jalan-jalan utama menuju ke bangunan-bangunan kerajaan, di dalam kampus universiti.

Pokok Bucida molineti ini dapat memberikan imej yang cantik dan teratur menyebabkan pokok Bucida Molineti ini sangat sesuai ditanam di jalan-jalan utama. Memiliki saiz yang sederhana besar, silara tegak dan batang lurus juga merupakan faktor utama mengapa pokok Bucida ini sangat sesuai ditanam untuk lanskap protokol selain dapat mewujudkan imej formal jalan protokol.

Pokok Bucida Molineti pula terbahagi kepada dua jenis saiz. Ada pokok Bucida Molineti yang boleh hidup membesar dan ada yang hanya hidup dalam saiz yang kecil. Bagi pokok Bucida Molineti yang boleh hidup membesar biasanya ditanam di tepi manakala yang hidup bersaiz kecil biasanya ditanam di dalam rumah sebagai perhiasan. Pokok bucida yang besar mempunyai batang yang keras. Manakala pokok bucida yang bersaiz kecil mempunyai batang yang lembut.

Pokok ini membiak melalui anak benih namun disemai di tempat lain dahulu seperti di dalam polibeg sebelum ditanam ditempat yang terpilih. Pokok ini mengeluarkan bunga namun yang akan menjadi buah adalah dalam bilangan yang sangat sedikit. Jadi, proses pembiakannya amatlah memerlukan penjagaan yang rapi. Seteleha berumur 4 – 5 minggu, barulah anak pokok bucida boleh ditanam mengikut tempat yang telah dipilih. Dalam beberapa bulan atau satu tahun kemudian, pokok ini sudah membesar dan menghiasi kawasan rekreasi.

*GAMBAR BOLEH DIDAPATKAN DI INTERNET

3 ulasan:

  1. Berapa harganya Pokok Bucida Molineti di tempat kamu? saya beli pokok kecil pada harga rm188 di Johor Bahru untuk hiaskan rumah baru saya,yang lebih besar jadi rm500, mahal betul.

    BalasPadam
  2. mmg mahal bos sbb pokok bucida ini mmg sesuai utk cntikkan lanskap rumah,,,ia boleh dikatakan pokok hiasan taraf lima *****....saya beli yang dua tingkat harganya dh mencecah Rm 300.00....apatah lagi yang pokok dewasa...

    BalasPadam
  3. Pertama kali lihat pekerja apt tanam pokok bucida doa, rasa teruja juga dan terkejut juga daun nya gugur selepas 2 minggu di tanam ! Sebenar nya pokok itu tidak mati cuma ambil masa utk tumbuh tunas yg baru ..kini dah hampir 2 minggu nunggu tunas yg baru tumbuh dan sementara itu setiap hari saya tolong siram pokok setiap hari pukul 12tgh mlm..saya harap pokok ini hidup kembali..😊

    BalasPadam